.... #PRNSarawak: “Kerajaan BN adalah kerajaan syaitan!” - Aziz Cicak | AAKJ



“Kerajaan BN adalah kerajaan syaitan!” begitulah biadapnya tohmahan calon anak muda Melayu DAP untuk kerusi Batu Kitang dalam ceramah terbaharunya di Kin Soon Cafe, Kota Padawan di sini malam Ahad.

Baca: 

Abdul Aziz Isa Maridon malah dengan nada cukup angkuh menegaskan bahawa: “Kita tidak mahu Sarawak terus diperintah oleh syaitan-syaitan yang ada sekarang, maka sebab itulah kamu semua mesti mengundi DAP.”

“Saya berjanji jika saya menang, saya akan berkhidmat kepada semua kaum, bukan sahaja Melayu tetapi Cina, Iban dan Bidayuh,” ujar beliau lagi di hadapan puluhan penyokong tegar parti pembangkang Semenanjung itu.

Ucapan kurang ajar Abdul Aziz Isa, 26; itu sebagai merujuk kejayaan DAP memerintah Pulau Pinang sejak 2008 yang disifatkannya konon sebagai kerajaan contoh adil kepada semua kaum termasuk kaum minoriti Melayu.

Hakikatnya, beliau terlupa memberitahu penyokongnya bahawa semakin banyak perkampungan warisan Melayu di Pulau Mutiara dihapuskan satu demi satu oleh DAP yang mengusir penduduk keluar dari penempatan mereka.







Bukan itu sahaja, DAP memperbanyakkan projek perumahan kos sederhana tinggi dan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh masyarakat Melayu menyebabkan mereka terpaksa berhijrah pula ke Seberang Perai di tanah besar.

Harga rumah terlalu tinggi juga mengakibatkan demografi penduduk Melayu merosot teruk serta diambil kaum Cina susulan ramai kena pindah ke Kulim dan Sungai Petani, Kedah atau Bagan Serai dan Parit Buntar di Perak.

Bukan itu sahaja, penguatkuasa tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai sibuk mengusir ramai penjaja kecil dan peniaga Melayu yang sudah lama bertapak atas pelbagai alasan remeh.

Ironi, pada masa sama mereka tidak pula bertindak tegas terhadap kaum Cina yang secara terang beroperasi di kawasan larangan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan tidak menjaga kebersihan persekitaran.

Jika benar Abdul Aziz Isa menyamakan BN ialah kerajaan syaitan, maka persoalannya, beranikah beliau mahu mencabar dirinya itu untuk menyamakan pula kerajaan Pulau Pinang yang diperintah DAP sebagai malaikat? – Mynewshub.cc

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top