.... #PRNSarawak: DAP Kecoh Poster Hantu, Poster "Nganjing" | AAKJ





Strategi alih perhatian DAP dan semua pakatan pembangkang sememangnya mudah dibaca. Bila mereka buka mulut maksudnya berkemungkinan besar merekalah yang melakukan perkara tersebut.

Baca: 


Mudah, bila mereka bercerita orang lain rasuah maka merekalah bapak segala rasuah. Bila mereka menuduh orang lain zalim maka mereka cuba menutupi kezaliman pemimpin mereka terhadap rakyat, mereka tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat yang di kawasan mereka.

Semalam, DAP membuat laporan kepada SPR kononnya wujud poster-poster hantu yang memfitnah parti atau calon mereka. Rakyat Sarawak masih belum sedar permainan licik DAP dan sekutunya?

Ini poster bermaksud apa?




Apakah ini kategori bukan hantu sebab ada logo DAP atau ini sememangnya DAP sengaja untuk menghina parti yang dilahirkan di Sarawak?

DAP, PKR,PAS dan PAN lahir di mana? Siapa boneka siapa sebenarnya?

Rakyat Sarawak wajib tolak gabungan pembangkang kerana mereka adalah parti politik yang bukannya lahir dari keringat orang Sarawak!!


Kadang kelakar bila baca "rintihan" mereka:
 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus mengutuk dan menyiasat dari mana datangnya poster-poster hantu yang kuat menfitnah DAP, kata calon parti itu bagi kerusi dewan undangan negeri Mambong, Sanjan Anak Daik.


DAP, ujar beliau, cuba dan berusaha untuk bertanding secara adil namun ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan politik peribadi.

"Sementara DAP menghormati semangat demokrasi dan pilihanraya bebas, cetakan dan pemasangan poster-poster hantu ini boleh ditafsirkan sebagai cubaan jahat untuk memburuk-burukkan kami.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top