.... #PRNSarawak: Calon Pembangkang Ada "Krisis Moral - Transgender"? | AAKJ




Nampaknya memang bukan mudah untuk menjadi calon waima hanya sekadar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak pada kali ini yang lazimnya dibuat berasingan daripada musim pilihan raya umum.

Baca artikel dari sebuah blog yang pernah mendedahkan moral calon DAP.Apakah ianya berkaitan? 

Calon Melayu DAP Sarawak Ada Krisis Moral, Mabuk Dan Kaki Clubbing?

Begitulah situasi yang menimpa seorang hamba Allah tempatan apabila salah seorang calon parti pembangkang untuk PRN ke-11 ketika ini khabarnya merupakan rakan rapat dirinya sehingga boleh dianggap teman tapi mesra.

Menurut sumber boleh dipercayai, lelaki lembut ini yang dikenali sebagai Effie Jefferyson turut menggunakan nama manja Effie ketika pernah menuntut di sebuah sekolah menengah di sini pada 2003 lalu.

Berdasarkan semakan profil peribadi menerusi laman sosial milik lelaki transgender tempatan ini, dia mendakwa bekerja sebagai pensyarah kursus fesyen di sebuah pusat pendidikan tinggi tempatan juga di Sarawak sejak 2013.




Kisah keintiman Effie dengan calon pembangkang untuk PRN ke-11 kali ini menjadi perbualan netizen tempatan dan ramai mendakwa ia sekadar hal urusan peribadi mereka berdua yang tidak perlu diperbesar-besarkan sangat.

Sama ada memang betul atau sekadar dakwaan semata-mata, pada masa sama ramai netizen mengakui calon berkenaan juga terkenal hidup bebas malah tidak begitu mengamalkan pegangan ajaran agamanya sendiri.

Bagi calon pembangkang itu pula, dia dilaporkan tidak peduli soal dosa pahala atau syurga neraka bahkan ceramah disampaikannya penuh berbaur tohmahan buruk terhadap Barisan Nasional seolah-olah memang jahat sangat.

Kepada penduduk Sarawak, pilihlah calon dengan bijak dan bukan mengikut perasaan kerana kesilapan mengundi akan memberi mesej songsang kepada generasi akan datang terhadap budaya murni berakhlak masyarakat kita.





sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top