.... #PRNSarawak: Calon Melayu DAP Kalah | AAKJ



Calon "Kesayangan DAP" Kalah di Batu Kitang

Siapa sangka, ramalan awal Chong Chieng Jen bahawa bekas pembantu peribadinya itu sudah mendapat 49 peratus kepercayaan pengundi jauh meleset sama sekali. Chong membuat ramalan tersebut dalam The Borneo Post kira kira 2 hari sebelum pengundian.

Pada jam 6.30 petang, kiraan undi menunjukkan Aziz Isa mendapat hanya 1,367 undi, BN dapat 2,676 dan PKR hanya 297 undi.

Namun pada jam 8.00 petang undi Aziz Isa menjadi 4,628 undi, BN 6,494 dan PKR 889 undi.

Faktor neneknya yang mendedahkan sikap sebenar Aziz Isa dikatakan turut mempengaruhi minda pengundi di Batu Kitang. Selain itu strategi ceramah Aziz Isa yang terlalu "exstremly bashing" dengan kata kata dan ayat yang keterlaluan membuatkan pengundi jadi muak.

Kekalahan Aziz Isa bakal menjadi "titik tolak" hubungan DAP dan PKR. Ini kerana pertembungan DAP dan PKR di 6 kerusi dalam pilihan raya Sarawak menyerlahkan sikap tidak sepakat mereka.

Lihatlah berapa jumlah yang diterima PKR di Batu Lintang, terlalu sedikit sedangkan Azmin telah turun dan membantu. Malah calon PKR tersebut telah membuat iklan dalam akhbar secara besar besaran.

Kekalahan Aziz Isa membuktikan DAP gagal untuk menggunakan orang Melayu bertanding bagi partinya. Sama seperti Dyana Sofiya di Teluk Intan.

Strategi DAP gunakan Melayu akhirnya makan diri di kawasan Batu Kitang. Malah turut membuatkan DAP hilang lagi 5 kerusi yang lain.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top