.... #PRKSgBesar: Nama Mat Sabu Ada Dalam Senarai PAN? | AAKJ



Dalam sehari dua ini, PAN begitu konsisten mendesak pakatan baru mereka supaya memberi laluan untuk bertanding melawan BN dan PAS di pilihanraya kecil Parlimen Sg Besar.

Baca: 

Malah permintaan PAN bukan sahaja di Sg Besar sahaja tetapi untuk kerusi Parlimen Kuala Kangsar pun PAN mendesak supaya calon mereka diberi laluan. Kali ini tidak seperti Sarawak. 

Mereka tidak berani menggunakan alasan kononnya hanya sebagai medan ujian tetapi PAN lah yang paling layak menentang PAS memandangkan kedua kerusi ini adalah kerusi tradisi PAS bertanding.

Menurut sumber pakatan harapan, peluang untuk menang di Sg Besar dan Kuala Kangsar adalah besar kerana DAP akan membantu sepenuhnya berkempen untuk meraih undi dari kaum Cina. PAN juga tidak ada sebarang masalah dengan PKR.

Tambah sumber, sekiranya PKR atau DAP yang meletakkan calon dari parti mereka kemungkinan kedua 'abang besar' itu tidak akan membantu antara satu dengan yang lain kerana isu di Pilihanraya Negeri Sarawak masih belum selesai. DAP dan PKR masing-masing berdendam berikutan pertindihan kerusi di PRN Sarawak dan masing-masing enggan mengalah.

Menariknya, sumber pakatan harapan berkata, nama Mat Sabu dikatakan berada di dalam kedua senarai kerusi parlimen tersebut dengan alasan yang amat konkrit, Presiden PAN tidak memegang apa-apa kerusi pun lagi setakat ini.

Tidak mungkin laluan mudah untuk bertanding diberi kepada muka baharu. Mana nak letak maruah Mat Sabu. Penakutlah Mat Sabu sekiranya beliau tidak bertanding kali ini.

Malah ada yang mengatakan inilah peluang Mat Sabu menebus maruahnya sendiri berikutan prestasi gelap di Sarawak.

Tunggu dan lihat taichi Mat Sabu nanti.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top