.... #PRKSgBesar-Kuala Kangsar: Hadi Rela Bersama UMNO Dari "Khinzir DAP" | AAKJ



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berang dengan tindakan PKR memberi amaran kepada exco kerajaan negeri untuk meletakkan jawatan sekiranya PAS bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

The Star melaporkan, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan kepada tiga exco PAS untuk menghantar surat perletakan jawatan sekiranya parti tersebut masih ingin bertanding di Sungai Besar.

Tiga exco tersebut, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.



Azmin yang memaklumkan perkara tersebut selepas mesyuarat exco kerajaan negeri semalam berkata, PKR akan bertanding di Sungai Besar dan akan meyakinkan pemimpin Pakatan Harapan untuk memberi laluan kepada PAS bertanding di Kuala Kangsar.

Ketiga-tiga ADUN tersebut kemudiannya bertemu Hadi di kediaman Ahli Parlimen Marang itu di Rusila, Terengganu.

Sumber PAS Selangor mendakwa "Presiden kami bertegas dengan pendirian jawatankuasa pusat untuk bertanding pilihan raya kecil tersebut".

Dalam mesyuarat tergempar tersebut, Hadi dilaporkan berkata partinya "lebih rela bersama UMNO daripada bersama khinzir dari DAP".

Hadi turut mengarahkan ketiga-tiga exco berkenaan tidak meletakkan jawatan.

- Malaysian Digest

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top