.... #PRKSgBesar: Budiman Mohd Zohdi Calon BN | AAKJ



Budiman Mohd Zohdi diumumkan secara rasmi sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar.

Ianya diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Command Center BN di Pasir Panjang di sini malam ini.

Majlis itu turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri BN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato' Jamal Md Yunos selaku tuan rumah.

Untuk rekod, Budiman merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang.







Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top