.... PRK Parlimen: Calon PAS Bakal Dibeli? | AAKJ



Situasi sekarang PAS dalam keadaan tertekan. DAP, PKR dan PAN mengasak PAS hampir setiap hari supaya jangan bertanding di pilihanraya kecil kerusi parlimen Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Bukan setakat asakan dan tekanan dari DAP-PKR dan PAN (pakatan harapan haram), PAS pusat turut menerima tekanan dari PAS Selangor kerana wakil PAS masih menerima gaji bulanan sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Pemerhati politik melihat PAS Selangor seperti kumpulan peminta sedekah dan kaedah apa sebenarnya yang Hadi Awang amalkan. Di Pulau Pinang, PAS dibuang tetapi di Selangor, PKR masih kutip.


Baca:


Keadaan ini menyebabkan PAS masih tidak berani membuat keputusan menonjolkan calonnya lebih awal seperti biasa. Mana ego PAS? Takut calon kena 'culik' atau beli? Dan ini tidak mustahil bukan?

Menurut sumber rapat, PAS terpaksa tapis habis habisan calon untuk kedua kerusi parlimen ini. Mana tidaknya, sumber kata PAN poket tebal dan bakal buat sesuatu yang bakal memalukan PAS. Calon tarik diri setelah hari penamaan calon?

DAP tidak berani kacau kerusi di kedua tempat ini. PKR juga sengaja nak beri peluang kepada rakan kongsi pakatan baru pembangkang, PAN supaya bila kalah nanti maka akan datang, PAN tidak akan sawan gila untuk minta bertanding. Paling menarik PKR sengaja memberi laluan kepada PAS bertanding kerana bimbang Kerajaan Selangor boleh runtuh sekiranya PAS merajuk dan bergabung dengan UMNO dan Bebas untuk membentuk Kerajaan Negeri.

PAS berada di penghujung umur parti politik kerana keluar dari pakatan haram. Yakinlah! 

ADUN BEBAS 2
PAS 15
Barisan Nasional 12
Pakatan DAP & PKR 27

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top