.... PRK: Jangan beri undi pada BN – Mahathir | AAKJ



SHAH ALAM, 15 MEI : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar supaya tidak memilih Umno Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu.

Beliau berkata fokus masyarakat perlu tertumpu kepada undi bukan BN bagi memastikan kedua-dua kerusi Parlimen itu bukan lagi menjadi milik parti itu.

Katanya, rakyat perlu menjadikan PRK di kedua-dua kawasan itu sebagai referendum dan bukti bahawa rakyat menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

“Diharap kita semua boleh mengalahkan BN. Jangan ambil kira siapa yang lawan BN. Kita cuma ingin satu parti berlawan dengan BN kerana kita tahu kalau lebih calon seperti di Sarawak, undi berpecah dan BN menang.

“Kalau hanya satu lawan satu kita boleh tentukan kemenangan kita dengan undi sebanyak mungkin calon yang melawan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Himpunan Selamatkan Malaysia, peringkat negeri Selangor di Stadium Malawati, malam tadi.

Antara pimpinan yang hadir, Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Presiden AMANAH; Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Ampang; Zuraida Kamarudin, bekas pimpinan Umno; Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Khairuddin Abu Hassan, Exco Negeri; Dr Daroyah Alwi, Amiruddin Shari dan Elizabeth Wong.

Dalam pada itu Tun Dr Mahathir berkata, semua komponen parti pembangkang perlu bekerja keras mengalahkan penguasaan BN dalam PRK kali ini.

Mengakui amalan politik wang yang sudah menjadi kebiasaan bagi BN ketika pilihan raya, Mahathir berharap rakyat lebih bijak dan tidak terpengaruh dengan permainan kotor itu.

Beliau merujuk tindakan Najib apabila mengumumkan pelbagai bentuk saluran wang ketika pilihan raya Sarawak berlangsung sebelum ini bagi tujuan mengukuhkan kedudukannya.

“Kita perlu bekerja keras mengalahkan BN kerana kemenangan ini akan menjadi bukti bahawa kemenangan (BN) di Sarawak juga bukan kemenangan Najib.

“Dengan taburan wang di sana, Najib hanya fikirkan kepentingan dan kedudukannya di Sarawak sahaja hinggakan sekarang beliau sudah menjadi hamba kepada kerajaan Sarawak.

“Tanpa sokongan rakyat Sarawak ketika itu, sudah tentulah dia akan jatuh,” kata Mahathir.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar berikutan kematian Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lepas.

Nampak gaya, ini jalan terakhir Mahathir untuk jatuhkan PM. Beliau sudah hilang arah dan akhirnya terpaksa juga keluarkan kenyataan supaya benamkan UMNO BN.

Perjuangan beliau sudah jelas dan ahli UMNO BN tidak perlu segan untuk melawan balik apatah lagi beliau pun bukan ahli UMNO.

Layan beliau seperti musuh UMNO BN yang lain!




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top