.... PM Ada Tarikan Tersendiri Di Sarawak | AAKJ



Kesungguhan dan kerja keras­nya untuk kebahagian rakyat Bumi Kenyalang tidak dapat disangkal.

Tidak semasa `hiruk pikuk’ kempen pilihan raya negeri itu sahaja waktu ini, kelibat Perdana Menteri sudah lama kelihatan di sana.

Baca: 


Malah berulang kali sehinggakan ada pihak mula mengiranya – 49, 50, 51, 52, 53 kali dan tak terkira lagi.

Beliau tidak datang dengan tangan kosong, tetapi berisi dengan peruntukan untuk pembangunan Sarawak.

Suatu pagi selepas mengunjungi Rumah Panjang Penghulu Petrick Long Jegan di kawasan pedalaman Marudi, Miri lima hari lepas, Perdana Menteri menunggu helikopternya untuk pulang ke Kuching.

Namun helikopter yang sepatutnya mengambil beliau terpaksa mendarat sementara di tempat lain.

Ini kerana sukar berbuat demikian di atas padang sekolah bertanah lembut sehinggakan tayar terbenam.

Agak lama ditunggu sebelum sebuah helikopter pengiring ‘menjalankan misi mencari’ dan ­akhirnya menemukan helikopter berkenaan.

Namun Najib hanya melemparkan senyuman, tidak nampak letihnya.

Di Sarawak, banyak tumpuan beliau terarah di luar bandar dan pedalaman. Dalam banyak kunjungannya ke rumah panjang, populariti beliau terserlah. Penduduk mahu berselfie dan ini tidak mampu ditolak beliau.

Penduduk gembira kerana beliau membawa banyak berita baik dalam bentuk projek pembangunan.

Bagi Najib, rakyat Sarawak perlu melihat projek lebuh raya Pan Borneo (antara berbilion ringgit projek untuk Sarawak) yang sedang dilaksanakan kini sebagai projek mereka sendiri. Bukannya sebagai projek ‘orang besar dan kontraktor besar’.

Kata Perdana Menteri, projek itu bukan seperti projek mega lain yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sebaliknya merupakan projek yang mengarusperdanakan negeri itu yang menghubungkan kawasan pedalaman dan luar bandar ke bandar.

Ini sehingga membolehkan mereka membawa hasil pertanian dari luar bandar ke pasaran secara lebih dekat lagi.

Dalam kempen pilihan raya negeri itu yang berbaki dua hari sahaja lagi, Perdana Menteri hanya meminta satu sahaja kepada rakyat Sarawak – sokonglah ‘gengnya’, pasukan Adenan (Tan Sri Adenan Satem).

‘Gengnya’ itu – perkataan yang diungkapkannya – telah bekerjasama baik dengan Kerajaan Pusat untuk memacu harapan baharu pembangunan di Sarawak.

Tetapi bukannya seperti mimpi ‘Impian Sarawak’, yang dilaungkan kosong oleh pembangkang.


 


#PRNSarawak

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top