.... Penipuan Deklarasi: Siapa "Otai" Dalam Grup WhatsApp? | AAKJ



Dengan kelebihan yang mereka ada, sepatutnya langkah ini mudah sahaja atau “a walk in the park”. Walau bagaimanapun, segala-galanya gagal kerana Mahathir membuat kesilapan dengan melantik si dungu untuk menguruskannya. Dan si dungu ini melakukan kesilapan paling besar. Akuan Bersumpah dan semua lampiran (yang anda boleh lihat di bawah) adalah bukti pepatah lama: “never ask a boy to do a man’s job” atau “put a moron in charge and the result becomes moronic”. 
Nampaknya de facto Ketua Pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad, benar-benar marah dengan pakar strategi politik beliau, Syed Akbar Ali, yang menguruskan satu juta tandatangan ‘Deklarasi Rakyat’. Syed Akbar baru sahaja membuktikan bahawa dia layak untuk diberi penghormatan dalam “hall of fame” sebagai orang paling dungu.

Menurut Raja Petra, Syed Akbar adalah orang yang sama memberi idea agar menggunakan isu 1MDB untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Syed Akbar memaklumkan Mahathir bahawa RM42 bilion wang 1MDB telah hilang ke udara nipis dan Mahathir percaya. Oleh itu, Mahathir menggunakan mantra “RM42 bilion telah hilang ke udara nipis” dan menyanyikan lagu tersebut ke seluruh Malaysia. 




Malahan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut percaya perkara ini dan apabila dia mendapat tahu bahawa perkara itu adalah tidak benar maka beliau menarik balik dan cuba untuk menyelamatkan air muka dengan mengatakan bahawa apa sahaja yang dia tahu adalah melalui pembacaan beliau dari The Edge, walaupun perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, dimana salah satu mesyuarat itu telah dipengerusikan sendiri oleh Muhyiddin.

Bolehkah anda bayangkan Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri dan dia perlu membaca surat khabar untuk mengetahui apa yang berlaku di negara ini dan beliau tidak sedar bahawa semua perkara-perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang mana beliau bukan sahaja menghadirinya malah turut mempengerusikannya.

Kesilapan utama dalam perkiraan yang dibuat oleh Syed Akbar adalah dia berjanji dengan Mahathir yang dia boleh mendapatkan satu juta tandatangan maka orang tua itu pun mengumumkan perkara ini. Mereka sepatutnya hanya mengatakan yang mereka akan mendapatkan rakyat Malaysia untuk menandatangani ‘Deklarasi Rakyat ‘dan tidak meletakkan sasaran atau angka dengan petisyen itu.

Tetapi Syed Akbar berjanji satu juta tandatangan kepada Mahathir dan Mahathir mempercayainya, maka beliau mengumumkan angka itu, sama seperti kebodohan beliau mengumumkan bahawa RM42 bilion wang 1MDB telah hilang ke udara nipis berdasarkan apa yang Syed Akbar memberitahunya.

Sebenarnya satu juta tandatangan adalah sasaran yang tidak realistik dan satu pencapaian yang mustahil untuk dicapai. Ia adalah sama seperti pengurus Manchester United yang baru dilantik semalam mengumumkan bahawa mereka akan memenangi perlawanan hujung minggu ini dengan 50 gol. Ia sememangnya mustahil dan adalah lebih baik hanya mengumumkan bahawa mereka menjangkakan untuk memenangi perlawanan dan tidak menyatakan jumlah gol.

Mereka telah mengumumkan satu juta tandatangan jadi apabila mereka tidak boleh mendapatkan satu juta tandatangan seperti yang diumumkan mereka perlu mencari jalan keluar dengan penipuan bagi menampung perbezaan besar tersebut.

Mahathir mempunyai banyak wang. Beliau memegang RM100 bilion wang Umno dan telah memperuntukkan bajet sebanyak RM2 bilion bagi (Kempen Anti-Najib) ANC untuk menggulingkan Najib. Dalam 22 tahun sebagai Perdana Menteri, beliau telah membina rangkaian yang hebat.

Dengan kelebihan yang mereka ada, sepatutnya langkah ini mudah sahaja atau “a walk in the park”. Walau bagaimanapun, segala-galanya gagal kerana Mahathir membuat kesilapan dengan melantik si dungu untuk menguruskannya. Dan si dungu ini melakukan kesilapan paling besar. Akuan Bersumpah dan semua lampiran (yang anda boleh lihat di bawah) adalah bukti pepatah lama: “never ask a boy to do a man’s job” atau “put a moron in charge and the result becomes moronic”.

Malaysia Today


















Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top