.... Pencarian Harta Karun Kelana Jaya - Kuantan: Satu Pengukuhan Ukhwah | AAKJ



Kelab Sahabat Setia Kelana Jaya sebuah NGO baharu di Parlimen Kelana Jaya Selangor mengambil pendekatan yang berani dengan menganjurkan program 'Kelana Jaya Tresure Hunt 2016' yang mana ianya menghubungkan 2 negeri, Selangor dan Pahang.

Program ini juga dianjurkan bersama dengan Alumni 4B Negeri Selangor


Bukan suatu yang mudah untuk melaksanakan program 'pencarian harta karun', ini kerana ianya bukan sahaja melibatkan pengurusan logistik peserta namun yang paling utama bagaimana semua peserta yang menggunakan jalanraya mematuhi undang-undang dan kesemuanya selamat tiba ke destinasi yang ditetapkan.

Jawatankuasa Pelaksana.

Terdiri dari 'otai-otai' yang begitu berpengalaman di dalam menguruskan masyarakat berbilang kaum dan agama serta latar belakang kehidupan. Justeru gabungan kepakaran yang ada di dalam NGO inilah yang menjadikan program anjuran
Kelab Sahabat Setia Kelana Jaya ini berjaya mencapai matlamat asalnya iaitu membina jalinan ukhwah melalui program kemasyarakatan.

Kejayaan mengumpulkan peserta seramai 200 orang lebih adalah suatu permulaan yang amat baik dan satu pencapaian yang dibanggakan. Penyertaan terpaksa dihadkan berikutan jumlah bilik hotel penginapan adalah terhad.

Serba sedikit mengenai Jawatankuasa:

Penaung Bersama
YBhg Dato' Hj Mokhtar Hj Ahmad Dahlan 
YBhg Dato' Hj Ahmad Bari Hj Ab Rahman

Penasihat
YBhg Datuk Hj Yahaya Hj Bujang
YBhg Dato' Dr. Tengku Rethwan Tengku Mansor

Pengerusi Bersama 
YBhg Datuk Hj Azman Shah Hj Abdullah
Tn Ir. Hj. Yusof Mohd Sani



Jawatan Kuasa ini mengadakan mesyuarat berkala demi melancarkan program 'sulung' anjuran Kelab Sahabat Setia Kelana Jaya. Kadangkala hingga larut malam dan berlangsung juga mesyuarat biro secara berkala.

Majlis Taklimat dan penyerahan 'kit kembara'..

Di adakan pada malam sebelum hari pelepasan peserta. Taklimat diberikan oleh Tn Hj Harun

 Doa kepada Allah swt agar segalanya dipermudahkan, aminn

Tuan rumah yang bermurah hati menjadikan rumahnya sebagai tempat memberi taklimat kepada peserta, Datuk Tengku Rethwan Tengku Mansur. 

 Urusetia mengemaskini nama peserta..kalau bukan abang Dali siapa lagi yang mampu uruskan berkaitan 'paper' ni...

Hari Pelepasan Peserta.

Dalam ucapan ringkas terima kasih Datuk Azman Shah kepada peserta yang hadir, beliau sempat berpesan agar peserta memandu dengan penuh tertib dan juga menyeru golongan belia agar sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah swt anugerahkan kepada rakyat Malaysia. Negara kekal aman dan rakyat sentiasa hidup harmoni. 

Melalui program sebegini beliau berharap pengukuhan ukhwah dapat disemai dengan subur antara jawatankuasa kelab dan peserta. Dan ianya akan berkekalan walaupun selepas program ini nanti.



Datuk Mokhtar Dahlan pula ketika memberi ucapan perasmian/pelepasan peserta menyeru agar generasi muda yang menjadi pelapis lebih bersedia untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.


Ikrar keselamatan jalan raya turut dibaca dengan semangat oleh peserta yang mengambil bahagian

Foto sekitar tapak pelepasan peserta

Ada yang tak sabar, ada yang masih keliru, maklumlah kali pertama menyertai program mencari harta karun. Namun kesemua mereka teruja.



Urusetia bersama peserta

Aura, masing-masing tak nak lepaskan peluang bergambar...



Saat pelepasan Peserta


Wakil Kerajaan Negeri Pahang menyambut rombongan Kelana Jaya di hotel Sri Manja Kuantan

Datuk Azman memberi kata-kata aluan 

 YB Dato' Norol Azali Bin Sulaiman

Mewakili Menteri Besar Pahang, YB Dato' Norol yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri Pahang mengalu-alukan kedatangan rombongan dari Kelana Jaya.



Johan bagi Pencarian Harta Karun Kelana Jaya - Kuantan 2016 jatuh kepada:



Terima Kasih juga kepada jawatankuasa yang turut bersama menyumbangkan tenaga dan idea:

Tn Hj Mohd Fuad Hj Tukiman
En Mohd Dali Hj Ibrahim
YBhg Datuk Dr Sabri Yusuff
En Ishak Maarof
Tn Hj Zabizi Hj Mohd Tahir
Tn Hj Rali Hj Mohd Nor
Tn Hj Enjah Hj Bachek
En Suliman Sahak
En Mazlan Md Yunos
Tn Hj Ab Rohani Hj Yakob
Tn Hj Kamar Hj Salim
Tn Hj Md Zin Md Ali
Tn Hj Rosseli Hj Samsudin
Tn Hj Zaidi Ilamdin
Tn Hj Roslee Hj Abu
Tn Hj Zaini Hj Ramlee
Tn Hj Harun Hj Saidin
En Ahmad Azhar Hj Abdul Majid
En Khairuddin Ab Hamid
En Azmy Awang
Pn Nik Aizai Nik Him
YBhg Datin Siti Sarimah Abdullah Mo'min

Tidak lupa kepada penaja-penaja yang sudi bersama menjayakan program ini. Malah kepada peserta yang turut juga menderma jariah kepada badan amal di Kuantan


InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki tahun hadapan bertemu lagi!!




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top