.... Pembangkang Kalah Teruk, Anggota Polis Hina Rakyat Sarawak | AAKJ



KUCHING – Seorang anggota polis yang dikesan memuat naik kenyataan menghina rakyat Sarawak susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu akhirnya tampil meminta maaf.

Ironinya, pemohonan maaf yang dimuat naik pada Isnin sekadar ditujukan kepada pengguna Facebook tempatan meskipun kenyataan berbaur penghinaan tersebut telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Sarawak.

Pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Khamis Khasdan, yang dipercayai seorang anggota polis berpangkat Sarjan pada Ahad menyifatkan orang Sarawak belum mampu lagi menilai dengan betul ketika PRN ke-11 minggu lalu.



Dia secara terbuka mendakwa kerana penduduk Sarawak masih mundur dari segi aspek pembangunan dan konon memakai cawat sehingga tersalah mengundi, menyebabkan BN berjaya meraih kemenangan besar dalam sejarah.

Kenyataan itu mencetuskan gelombang kemarahan yang besar sehingga status itu mendapat perkongsian luar biasa banyaknya, disertai dengan pelbagai komen balas malah sampai kepada pengetahuan kepimpinan tertinggi polis.

Bagaimanapun, maklumat yang berlegar menerusi aplikasi WhatsApp menyatakan bahawa pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil satu prosiding tatatertib terhadap anggota yang berasal dari Johor itu.



Menurut sumber dalaman, tindakan disiplin diambil setelah dia dikenakan hukuman tatatertib oleh majikannya, atas kesalahan yang agak besar – mencetuskan keretakan dalam hubungan kaum dan antara negeri di negara ini.

Difahamkan, pemilik akaun tersebut telah dikenakan tindakan turun pangkat tetapi berita berkenaan yang menjadi rujukan banyak pihak sebenarnya belum lagi dapat dipastikan status kesahihannya sehingga kini. 


Jika benar tohmahan itu, mungkin dia wajar dipindah ke Sarawak melihat sendiri suasana bumi kenyalang dan bukan mengeluarkan kenyataan bodoh hanya kerana marah pembangkang kalah teruk pada PRN. – Mynewshub.cc

Ramai tertang, besarnya motorsikal tu, motor dia ke atau pinjam? Kalau motor dia, besarnya pangkat dia kot....

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top