.... "Pelacuran Mobile" Wujud Di Kelantan? | AAKJ



Menurut sumber

Parti Islam Se-Malaysia tidak mampu melaksanakan pencegahan aktiviti maksiat yang utama iaitu pelacuran di negeri yang mereka kuasai seperti Kelantan. Menurut tinjauan, pelacuran dikatakan berlaku secara berleluasa di negeri tersebut.

Kini pelacuran di Kelantan telah berubah ke fasa yang baru dimana mereka menggunakan modus operandi pelacuran mobile bagi mengembangkan lagi aktiviti tersebut. Dengan berkonsepkan mobile, pelacur dan pelanggan akan bertemu di satu lokasi dan bergerak ke lokasi lain pula. Taktik baru ini dikesan menjadi pilihan kebanyakan lelaki untuk melanggan pelacur di Kelantan.

Menurut sumber, kegiatan tersebut tidak memerlukan premis tertentu kerana kedua-dua pihak iaitu pelacur dan pe­langgan hanya berhubung menerusi telefon bimbit.

Katanya, pelanggan boleh menghubungi pelacur yang diinginkan dan mengambil mereka di sesuatu lokasi yang dijanjikan sebelum meneruskan urusan di tempat lain.

“Di bandar Kota Bharu, kita mengesan lima pelacur terdiri daripada wanita dan pondan didapati menjadikan Jalan Hamzah sebagai ‘terminal’ untuk pelanggan datang mengambil mereka dengan kereta seawal pukul 8 malam.

“Saya difahamkan perkhidmatan ditawarkan mereka serendah RM80. Dulu mereka sering dilihat beroperasi lewat malam tetapi kini diawalkan. Pukul 8 malam sudah mula bekerja,” katanya di sini hari ini.
Menurut sumber itu lagi, PBT tidak dapat mengambil tindakan ke atas pihak yang dipercayai me­lakukan kegiatan tidak bermoral tersebut kerana kekurangan bukti memandangkan mereka sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
“Golongan ini licik, lokasi mereka melakukan perbuatan maksiat tidak tetap dan keadaan ini menyukarkan pihak penguat kuasa agama bertindak.

“Projek mereka kita tidak tahu di mana, dalam kereta pun boleh, tepi pantai pun boleh,” katanya.
Tambahnya, sebuah lagi lo­ka­si yang kini dipercayai mula menjadi tempat pertemuan pelacur dan pelanggan adalah Lembah Sireh.

“Bagi membanteras kegiatan tidak bermoral ini, kita memerlukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” katanya.

Laungan bahawa PAS memperjuangkan Islam merupakan retorik semata-mata. Untuk makluman, antara asas penting perjuangan Umno sebagaimana dimaktubkan dalam Perlembagaan yang sering kali ditutupi faktanya oleh sesetengah pihak ialah betapa Umnolah parti yang pertama meletakkan Islam pada martabat tertinggi.

Agenda Islam ini dizahirkan dalam Perlembagaan Umno Fasal 3.3 yang menyebutkan secara jelas bahawa asas dan matlamat perjuangan Umno antara lainnya adalah “Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama”. 


Walaupun berita ini dikatakan berita atau isu yang sudah lama namun timbul persoalan, masih wujudkah industri maksiat ini di Kelantan?

sumber 

foto hiasan
 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top