.... Pekerja Ludah Isi Durian Masih Diburu | AAKJ



Gombak: Peniaga durian, 53, yang juga tauke kepada lelaki yang didakwa meludah pek durian semalam sehingga videonya ‘viral’, ditahan 1.45 pagi tadi untuk bantu siasatan. 
 

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, lelaki berkenaan yang juga pemegang status penduduk tetap (PR) ditahan selepas diminta tampil ke Balai Polis Gombak bagi membantu siasatan.
"Kami masih mengesan lelaki berusia 20-an yang diviralkan itu. Siasatan awal mendapati dia adalah pekerja kepada suspek ditahan," katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Ali memberitahu, pihaknya masih menyiasat sama ada dakwaan meludah pek durian itu benar atau sebaliknya kerana penyebar video berkenaan juga belum tampil untuk membantu siasatan.

Katanya, suspek dan pekerjanya itu sudah berniaga di lokasi Taman Sri Gombak sejak lima hari lalu.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top