.... PAN Punyai Dana Politik Puluhan Juta Ringgit? | AAKJ



PAN, parti serpihan PAS yang lahir atas dasar tidak mampu terima kekalahan dalam pertandingan merebut jawatan.

Baca: 


Persoalan yang masih belum terjawab. Bagaimana Mat Sabu mampu menggerakkan parti serpihan PAS iaitu PAN dalam skala yang agak besar dalam masa yang singkat? Dari mana Mat Sabu mendapat dana untuk lebarkan sayap partinya yang masih hingusan?

Benarkah DAP yang salurkan 100% dana politik sebagai strategi untuk mendapat sokongan Melayu? Dan bagi Mat Sabu beliau tidak rugi apa-apa kerana beliau tidak punyai apa-apa selain daripada jawatan ciptaannya sendiri di dalam parti serpihan PAS itu.

Tandatanya bukan sahaja datang dari rakyat Malaysia yang sedang mengikuti perkembangan politik tanahair tetapi persoalan juga berlegar di kepala ahli parti PAN itu sendiri. Bagaimana Mat Sabu mampu gerakkan PAN yang tidak mempunyai apa-apa. Duit gugur dari langit?

Bukan sedikit belanja untuk bertembung di pilihanraya kecil ataupun pilihanraya negeri. Apa lagi kalau pilihanraya umum, berapa puluh juta ringgit yang Mat Sabu dapat untuk hancurkan PAS?

Apabila Mat Sabu menyibuk di dalam isu dana politik RM2.6B, kenapa menikus untuk mendedahkan dari mana sumber dana politik PAN?


Dua pilihanraya serentak, PAN menggila nak meletakkan calon mereka, bayangkan paling minima dalam syarat SPR ialah RM ratusan ribu, kalau dua tempat maka lebih dari RM setengah juta ringgit, Mat Sabu punyai wang sebanyak itu?

Apakah mungkin juga dari blok anti Najib yang menyumbangkan dana? Mahathir?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top