.... Nahas Helikopter: Foto Hospital Kuching Bersiap Sedia | AAKJ



Mayat pertama nahas helikopter yang dipercayai terhempas di Batang Sadong dekat sini telah ditemui kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad mengesahkan mayat mangsa itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

"Mayat mangsa akan dibawa naik ke darat dari lokasi penemuan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sebuyau untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.


Pihak media sabar menunggu walaupun dilarang masuk ke kawasan bilik mayat.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top