.... Nahas Heli: Mayat Ketiga Ditemui | AAKJ





Lingga: Mayat ketiga mangsa nahas helikopter tiba di Jeti Pekan Lingga, di sini, 1.25 petang tadi.

Mayat berkenaan ditemui pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dalam perjalanan dari Sebuyau ke pusat operasi di jeti Pekan Lingga yang turut dinaiki Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Baca: Kronologi Nahas Heli Terhempas Di Sarawak Sejak 2011

Menurut Shahidan, mayat berkenaan ditemui terapung di tengah Sungai Batang Lupar pada 12.04 tengah hari tadi.

“Saya menaiki bot kecil APMM untuk ke tempat mayat ditemui sebelum membawanya ke jeti Pekan Lingga untuk dihantar ke hospital,” katanya ketika ditemui hari ini.

Difahamkan mayat terbabit ditemui pada jarak 5.5 kilometer dari pusat operasi Jeti Pekan Lingga dan sudah diterbangkan ke Hospital Umum Sarawak Kuching dengan menaiki helikopter tentera.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top