.... Nahas Heli: Lagi Kusyen, Serpihan Ekor Ditemui | AAKJ



Usaha mencari dan menyelamat (SAR) nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, Sri Aman yang memasuki hari keempat, menemui kusyen dan serpihan dipercayai ekor pesawat itu.

Kusyen berkenaan ditemui di Pulau Triso muara Sungai Batang Lupar pada jam 9.45 pagi tadi manakala ekor pesawat ditemui di Sungai Merah, kira-kira empat kilometer di timur laut Lingga.

Jarak pencarian mangsa terakhir, juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas, diperkecilkan kepada 870 kilometer (km) hari ini berbanding 875 km, semalam.

Beliau adalah satu-satunya mangsa belum ditemui. Lima penumpang termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, disahkan terkorban dalam nahas lewat petang Khamis lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata 650 anggota pelbagai agensi dan penduduk kampung terbabit dalam operasi berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan alat pengesan logam bagi menentukan kedudukan pesawat berkenaan.

"Sebaik dikesan, kita akan mengerah penyelam membuat tinjauan.

"Bagaimanapun, usaha ini agak mencabar kerana arus sungai deras selain jarak penglihatan minimum," katanya. 



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top