.... Menuduh PM: Anak Bangsawan Ini Kebal Dari Undang-Undang? | AAKJ



Pihak polis perlu segera menjalankan siasatan dan pemantauan ke atas Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, iaitu anak kepada bekas Menteri Kedah Tan Sri Sanusi Junid ekoran kenyataan yang bersifat tuduhan dan fitnah beliau di dalam Twitter.

Beliau dalam laman sosial Twitter, semalam mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pembohong dan penyamun.

“Kata la @NajibRazak tu penyamun ka, pembohong ka, baru betui!!,” kata beliau dalam loghat negeri Kedah.



Akhramsyah sebelum itu berkomunikasi dengan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkenaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau seakan mempersoalkan tindakan Ramesh yang sering mengatakan Dr Mahathir mengalami masalah mental dan kadangkala mengatakan bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu sudah agak gila.

Bagi Akhramsyah, beliau sudah pastinya sealiran dengan bapanya Sanusi kerana bapanya merupakan penyokong kuat Dr Mahathir ketika ini dan aspirasinya untuk menjatuhkan Najib dan Barisan Nasional (BN).

Selepas beberapa jam menulis tweet yang awal, Akhramsyah kemudian mengakui dirinya memang menuduh Najib sebagai penyamun dan pembohong.

“Ya, saya memang dok kata @NajibRazak penyamun dan pembohong,” katanya.



Beliau turut mencabar untuk sesiapa yang tidak berpuas hati untuk membuat laporan polis berkaitan tweetnya itu.

Bapanya, ketika ini juga merupakan penyokong kuat Dr Mahathir dalam Deklarasi Rakyat : Selamatkan Malaysia yang dipimpinnnya bagi menjatuhkan kerajaan.

Sementara itu, Dr Mahathir dikatakan akan turun berkempen bagi membantu pembangkang untuk menewaskan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar.

Sumber – PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top