.... Mahathir Malu, Kehadiran Tidak Sampai 1000 Orang | AAKJ



Mahathir sekali lagi berkongsi pentas dengan pakatan pembangkang apabila hadir menyampaikan syarahan anjuran Penang Institute di Pusat Konvensyen Straits Quay, di sini hari Ahad.

Baca: 


Dr Mahathir ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Pusat Konvensyen Straits Quay pada 4.30 petang dan diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta beberapa wakil rakyat DAP dan PKR Pulau Pinang.

Beliau menyampaikan syarahan bertajuk ‘Quo Vadis Malaysia? Ke manakah Hala Tuju Malaysia’ selama satu jam di hadapan tak sampai 1,000 orang.

Pada 9 April lepas, Dr Mahathir menghadiri Malam Anugerah Pembangunan Usahawan Malaysia di sini yang turut dihadiri ketua menteri Pulau Pinang.





Sementara itu, dalam sidang akhbar, Dr Mahathir menyifatkan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah hasil daripada pandangan rakyat negeri itu terhadap kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak. 

Dr Mahathir dijadual menghadiri Majlis Bersama Pemimpin di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 8.45 malam ini yang turut dihadiri Lim dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta pemimpin pakatan pembangkang.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top