.... Kemelut Istana-MB Jernih Kembali, Ahmad Razif Kekal MB, Menjunjung Kasih Tuanku Sultan | AAKJ



Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman akan terus kekal sebagai Menteri Besar negeri itu dan menjalankan tugasnya seperti biasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu diputuskan selepas mengadakan pertemuan dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.

Beliau berkata, dengan pengumuman itu, diharap tidak akan timbul lagi sebarang persoalan dan andaian mengenai kedudukan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar.

“Sekarang ini perlu tumpu kepada tanggungjawab dan tugas untuk terus memastikan pentadbiran Kerajaan Terengganu berjalan lancar untuk menjamin pembangunan serta kesejahteraan rakyat,” katanya pada sidang media selepas majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 di sini, sebentar tadi.

Mengenai sama ada darjah kebesaran yang ditarik balik daripada Ahmad Razif akan dianugerahkan semula kepadanya, Najib berkata, itu adalah hak Sultan Terengganu dan beliau tidak mahu masuk campur mengenai perkara itu.
Umpama sebuah keluarga besar apabila hubungan melibatkan Istana dan rakyat yang mana Menteri Besar adalah penghubung antara keduanya. Maka apabila berlaku sedikit kemelut, rakyat perlu memberi keyakinan sepenuhnya kepada Perdana Menteri untuk menjadi ‘pendamai’.

PM Najib telah melalui pengalaman berhubung kemelut yang melibatkan hubungan Istana dan Ketua kerajaan negeri.

Rakyat telah menyaksikan sendiri bagaimana kemelut Istana Terengganu dengan bekas Menteri Besar, Ahmad Said dan juga bagaimana PM menangani kemelut Istana Kedah ketika proses pertukaran Menteri Besar Kedah baru-baru ini yang menyaksikan Mukhriz Mahathir digantikan dengan Ahmad Bashah.

Malah PM Najib juga melalui pengalaman ketika pertukaran Menteri Besar Perak yang mana sekali gus menyaksikan proses pertukaran kerajaan negeri dari kerajaan pakatan rakyat kepada kerajaan BN.

Adat Melayu santunnya tinggi, pekertinya tinggi dan tiada apa yang boleh memisahkan hubungan antara Istana dan kerajaan negeri. Umpama menarik rambut di dalam tepung, begitulah juga peranan penghubung antara rakyat dan Istana bakal menggunakan kebijaksanaannya untuk kebaikan semua pihak.

Daulat Tuanku Sultan Mizan

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top