.... Kalau Tidak Serius Kenapa Anwar Perlu Dikejar Ke Hospital Luar Penjara? | AAKJ



Anwar Ibrahim tidak berada dalam keadaan kritikal meskipun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur semalam, kata gerakan Bebas Anwar.

Ia berkata Anwar dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang semalam akibat tekanan darah tinggi ekoran Penjara Sungai Buloh tidak memiliki kemudahan rawatan mencukupi.

"Beliau kini diberi ubat yang baru dalam usaha menstabilkan tekanan darahnya kerana ubat yang digunakan sebelum ini tidak berapa efektif," katanya.

Khabar angin tersebar bahawa Anwar berada dalam keadaan kritikal selepas peguamnya yang juga ahli parlimen PKR, Sivarasa Rasiah semalam memaklumkan beliau dikejar ke hospital.


Baca: 


Isteri Anwar yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat suaminya itu di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Bebas Anwar berkata tekanan darah yang tidak stabil berlarutan sejak tahun lepas.

"Walaupun dalam kesakitan, Anwar tetap bersenyum dan kelihatan tabah ketika dijumpa di mahkamah.

"Juga sering dipesan oleh Anwar adalah untuk penyokong utamakan hal negara dan terus bersatu dalam usaha tumbangkan Umno. Beliau kata soal kesihatannya "perkara remeh temeh" jika nak dibandingkan keperitan dan kesusahan rakyat," kata Anwar yang konsisten dengan nada umpama menghasut.


Timbul pertanyaan, Anwar sengaja untuk 'ambil anging luar' atau beliau sememangnya sakit tenat?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top