.... Jasa Dan Manfaat BN Kepada Mahathir Serta Keluarga - PM Najib | AAKJ



“Barisan Nasional adalah parti yang banyak jasanya dan Tun Mahathir menjadi perdana menteri kerana Barisan Nasional dan kerana UMNO,” kata Najib di sidang akhbar, di sini, awal pagi, hari ini (Selasa di London).

“Dia dan keluarganya mendapat banyak manfaat daripada kedudukan sebagai perdana menteri. Dan ini kerana kekuatan UMNO dan Barisan Nasional,” kata Najib di akhir lawatan kerja beliau di sini.

“Jadi bila dia suruh orang menolak parti yang banyak berjasa, maka banyak reaksi yang negatif terhadap pendirian beliau yang tidak mengambil peduli langsung apa yang dia terima sebagai manfaat kerana tanpa BN dan UMNO beliau tidak akan menjadi perdana menteri sama sekali,” katanya.

“Jadi banyak orang kata tentu sekali amat tidak wajar sekali kalau orang ada perasaan hati perut tidak akan menolak parti yang banyak berjasa kepada kita sebagai individu dan jasa kepada negara keseluruhannya.

“Perubahan kepada negara kita, pembangunan negara kita, kestabilan politik negara kita, kejayaan kita selama ini adalah kerana Barisan Nasional dan UMNO sebagai tonggak kepada Barisan Nasional.

“Adakah wajar kita pula menikam balik parti yang begitu banyak jasanya kepada diri kita dan pada negara?

Baca seterusnya di SINI 


Laporan portal  The Malaysian Times yang sehingga kini tidak disangkal oleh Mahathir dan anak pinaknya tentang manfaat dan jasa selama jadi Perdana Menteri 22 tahun:

Kuala Lumpur, 16 Feb: PAS melalui lidah rasminya Harakah mendedahkan bagaimana Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya mengkayakan anak pinak mereka.


Laman portal HarakahDaily edisi Melayu melaporkan, menurut Harakah yang bakal terbit, yang paling tinggi dalam senarai adalah kekayaan anak ketua kempen BN dalam pilihan raya umum ke 13 ini iaitu Mirzan Mahathir.

Mirzan Mahathir dikatakan menjadi Ahli Lembaga Pengarah dengan pemilikan 15% saham dalam syarikat pengeluaran arak terbesar di Filipina, San Miguel Corp.

Pada 2012, San Miguel membeli aset hiliran Esso jauh lebih rendah daripada nilai pasaran dan mengubah namanya kepada Petron.

Petron kemudiannya mendapat kontrak membekalkan minyak kapal terbang daripada MAS mengetepikan kontrak perbekalan dari Petronas selama ini.

Di senarai kedua terkaya adalah anak Tun Dr Mahathir juga iaitu Mokhzani Mahathir yang menduduki tangga ke-19 orang terkaya dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion.

Ayahnya anugerahkan kontrak RM836 juta dari Petronas Carigali Sdb Bhd kepada anak syarikat Sapura Kencana Petroleum Bhd yang berada di bawah pengaruh Mokhzani.

Turut di senaraikan Harakah adalah adik Perdana Menteri, Nazir Tun Razak yang mempunyai jumlah harta kekayaan sebanyak RM495 juta. Gaji Nazir RM12 juta setahun atau RM1 juta sebulan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top