.... Foto Suasana Di Bilik Menuggu Hospital Umum Sarawak | AAKJ



Tepat jam 3.30 petang, jenazah mangsa pertama insiden helikopter terhempas di tepi sungai Batang Sadong selamat tiba di Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak. Jenazah diterbangkan dari Simunjan dengan menggunakan helikopter sebelum tiba di Kuching jam 3.30 petang tadi.

Jenazah di hantar terus ke Hospital Umum Sarawak untuk di mandi dan dikapankan sebelum dibawa ke surau di Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak untuk di solatkan.

Turut kelihatan di Rumah Mayat HUS adalah sanak saudara dan anak-anak Allahyarham Datuk Hajah Noriah Kasnon yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur ke Kuching tengah hari tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan telah menemui mangsa kedua, kira-kira beberatus merer dari lokasi mangsa pertama dijumpai.

Menurut sumber, pasukan pencari sedang berusaha untuk mengeluarkan mangsa kedua dari lokasi kejadian untuk diterbangkan ke Kuching, selewat-lewatnya petang ini.







Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top