.... "Demi Skrew Bangsa Melayunya Tidak Rasis" - Kit Siang | AAKJ



Lim Kit Siang tidak menganggap kenyataan Hew sebagai bersifat perkauman seperti yang didakwa oleh pengkritiknya.

Bercakap kepada media berhaluan pembangkang, Lim mempersoalkan bahawa kenyataan perkauman adalah bertentangan dengan prinsip yang didokong oleh DAP, dan Hew menggunakan analogi yang sama tidak mengira kaum.
“Namun bahasanya, yang beliau gunakan menentang rasuah tidak mengira kaum, adalah terlalu kesat dan tidak sensitif yang sama sekali saya tidak boleh bersetuju.

“Hew sepatutnya lantang tanpa menggunakan bahasa kasar dan menghentikan menggunakan perkataan kesat,” katanya.
Ditanya apakah DAP bercadang untuk mengambil tindakan ke atas Hew, Lim enggan mengulas.

Hew yang dikenali sebagai ‘Superman’ di kalangan penyokongnya kerana sering memakai baju superhero komik itu menerima kecaman hebat setelah video ucapan beliau yang disiarkan menerusi Skype, menyebut, jika terpilih, Abdul Aziz akan “skru Melayu” sendiri, “skru pegawai Melayu yang rasuah” dan “skru Parti Bersatu Bumiputera yang pok kai”.

Lihat video di SINI

Antara yang mengkritik ucapan Hew ialah Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang.
“Jika pemimpin DAP tidak anti-Melayu, maka mengapa meminta pengundi untuk mengundi calon DAP untuk ‘skru’ Melayu? Ucapan kamu direkodkan dalam video.

“Lihat video itu dan nilai sendiri sama ada pemimpin DAP berkata mengundi calon mereka untuk ‘skru orang Melayu’ … Anda jadi hakim,” kata Tan dalam laman sosial.
MCA pula membidas DAP kerana memainkan isu perkauman semasa pilihan raya negeri Sarawak dengan menyifatkan tindakan Hew itu sebagai politik keji.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top