.... DAP Jatuhkan Hukuman Terhadap ADUN Telok Datuk Dan "BebasKan" Lim Guan Eng? | AAKJ



Akhirnya DAP Selangor merujuk salah seorang ADUN mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan untuk kawasan diwakilinya.

Baca: 


Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, berdasarkan siasatan pihaknya parti itu mengemukakan laporan kepada SPRM bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

"Laporan itu dibuat di SPRM Selangor di Shah Alam pada 11Mei lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengumuman Pua itu dibuat selepas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai mengumumkan parti itu memecat ADUN Telok Datuk Loh Chee Heng (gambar).

Terdahulu Tan berkata pihaknya berpendapat Loh perlu dipecat selepas didapati menyalahgunakan peruntukan diberi kerajaan negeri kepada kawasannya.

Tan berkata keputusan itu dibuat selepas Loh menjawab dakwaan terhadapnya dalam satu prosidng awal hari ini.

Tan yang juga anggota parlimen Cheras memaklumkan siasatan dalaman dibuat satu aduan bertulis terhadap Loh diterima pada Mac lalu.

"Siasatan dalaman oleh Jawatankuasa DAP Selangor mendapati ada asas terhadap dakwaan itu, iaitu terdapat bukti salah laku di pihak Loh," katanya.
Kata Pua, DAP Selangor menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat isu dikaitkan dengan Loh selama lapan minggu dan keputusan mengenainya diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti.
"DAP Selangor menegaskan sekali lagi komitmen parti untuk menegakkan nilai-nilai teras kami menggalakkan urus tadbir urus yang baik, integriti dan akauntabiliti.

"Kami tidak bertolak ansur dengan sebarang tindakan mana-mana pemimpin atau ahli yang mengkhianati kepercayaan rakyat yang kita wakili, serta memusnahkan kredibiliti parti," katanya.
Pua yang juga anggota parlimen Petaling Jaya Utara itu memberitahu Loh hadir untuk menjawab tuduhan yang dikenakan terhadapnya tetapi panel penyiasat tidak berpuas hati dengan penjelasan berkenaan.

Loh memenangi kerusi DUN Teluk Datuk pada pilihan raya umum lalu dengan mengalahkah calon MCA, Tan Cheng Chai, dan calon bebas, Hamzah Abu Bakar dengan majoriti 5,391 undi.


Timbul persoalan kepada rakyat Malaysia, kenapa kes skandal pembelian banglo oleh Lim Guan Eng, DAP bersikap menunggu hasil siasatan SPRM dan kes Loh Chee Heng ini DAP yang 'menjatuhkan hukuman' terlebih dahulu?

Integriti atau hukuman terpilih atau ada sebab lain?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top