.... DAP Hukum ADUNnya Bersalah, Cukupkah? | AAKJ



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Datuk, Loh Chee Heng daripada DAP didapati menyalahgunakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan Selangor untuk penduduk di kawasan itu.

Baca:


Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib DAP, Tan Kok Wai berkata, siasatan dalaman oleh Jawatankuasa Negeri DAP Selangor mendapati ada bukti terhadap perbuatan ADUN Teluk Datuk tersebut.

“Jawatankuasa Tatatertib DAP membuat kesimpulan bahawa terdapat bukti salah laku serius oleh Chee Heng dan sebulat suara memutuskan untuk menamatkan keahlian DAP beliau berkuatkuasa serta merta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kok Wai berkata, perbuatan ADUN Teluk Datuk menyalahgunakan wang rakyat itu telah memberi nama buruk kepada parti DAP.

Apakah beliau terlepas dari siasatan dan dakwaan pihak yang berwajib?

Bagaimana pula dengan Lim Guan Eng dalam isu skandal pembelian banglo mewah?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top