.... "Budak-Budak" Wan Azizah Terlibat Kutip Tandatangan Deklarasi Mahathir? | AAKJ



Dalam artikel-artikel saya sebelum ini (Azmin to be brought down before 2018, Azmin Ali’s triple-A rating andWhen you put a moron in charge of 1 million signatures) kita membangkitkan beberapa isu. Isu-isu utama adalah Menteri Besar Selangor, Azmin Ali telah membuat pakatan rahsia dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Salah satu sebab Anwar mengutus warkah dari penjara (BACA DI SINI) dan juga sebab bagi surat di bawah (yang juga merosakkan seperti warkah Anwar dari penjara).

Memandangkan perkara ini dilihat sebagai Azmin menikam dari belakang dan pengkhianatan, dia perlu digulingkan. Jadi rancangan Langkah Kajang 2.0 untuk menggulingkan Azmin telah dilancarkan dan didalangi oleh Rafizi Ramli,yang juga merupakan dalang Langkah Kajang 1.0.

Itulah punca Rafizi mendedahkan ‘rahsia’ beliau mengenai rasuah di Selangor yang bukan sahaja melibatkan wang tetapi wanita juga. Dan sebagai tindak balas kepada tindakan itu, maka presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meminta Rafizi membuat laporan kepada SPRM, yang menurut Wan Azizah, Rafizi akan melakukannya pada Isnin Mei 30, 2016.

Wan Azizah nampaknya bijak dalam permainan politik dan tidak begitu bodoh sebagaimana kebanyakan diperkatakan orang. Walaupun Azmin mungkin telah menjalin pakatan rahsia dengan Mahathir untuk mengambil alih PKR – dengan dia sebagai Presiden yang baru, sudah tentu – Wan Azizah menangani langkah Mahathir dan Azmin dengan langkah beliau sendiri.

Sebagai contoh, Wan Azizah sangat bijak menjauhkan dirinya daripada kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat. Beliau tidak menghadiri pelancaran atau mana-mana majlis dan begitu juga dia tidak menyatakan sokongan kepada tindakan itu. Dia hanya berdiam diri dengan elegan.

Saat mereka mengumumkan akan mendapat satu juta tandatangan untuk ‘Deklarasi Rakyat’, Wan Azizah tahu mereka pasti gagal. Memang mustahil melaksanakan perkara ini di bawah seliaan dua orang yang dungu bernama Syed Akbar Ali dan Khairuddin Abu Hassan seperti “asking Jonah to sail the ship”.

Apa yang lebih menarik adalah mereka bukannya meletakkan “budak-budak” Azmin yang bertanggungjawab mengumpulkan satu juta tandatangan tetapi mereka meletakkan “orang-orang” Wan Azizah. “Budak” Wan Azizah yang mereka kerahkan mengumpul satu juta tandatangan adalah Badrul Hisham Shaharin turut dikenali sebagai Chegubard, yang berkahwin dengan anak saudara Anwar.

Itulah kemuncak kebodohan mereka. Mereka meletakkan Chegubard Wan Azizah untuk bertanggungjawab bagi melaksanakan perkara ini. Jadi Wan Azizah hanya perlu berdiam diri dan membiarkan mereka. Apabila mereka gagal mendapatkan satu juta tandatangan dan mereka terpaksa mengambil jalan keluar dengan penipuan untuk memenuhi sasaran mereka.

Sebaik sahaja mereka mengumumkan bahawa mereka telah mendapat lebih daripada satu juta tandatangan, Wan Azizah mengarahkan Chegubard untuk membuat kejutan. Beliau mendapatkan orang yang membekalkan hampir satu juta tandatangan bagi menandatangani Akuan Berkanun mengakui bahawa tandatangan tersebut telah diperolehi melalui penipuan.

Khairuddin, yang telah terkantoi, begitu marah lalu beliau menuduh Chegubard cuba mensabotaj ‘Deklarasi Rakyat’ (Khairuddin: Chegubard trying to derail Citizens’ Declaration movement).

Wan Azizah dapat membaca dan menjangka setiap langkah Mahathir dan beliau menyusahkan Mahathir habis-habisan dengan langkah beliau sendiri. Azmin begitu marah dan merajuk malahan beliau enggan membantu dalam pilihan raya kecil Sungai Besar. Wan Azizah turut menolak idea Azmin agar PKR bertanding di Sungai Besar dan dia telah menegaskan yang Amanah diberikan kerusi itu.

Adalah penting untuk Mahathir agar Umno kehilangan kedua-dua kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar supaya dia boleh membuktikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi mendapat sokongan dan perlu dipaksa untuk meletak jawatan. Jika Umno menang kerusi-kerusi itu maka rancangan Mahathir akan gagal.

Satu-satunya cara Umno boleh kalah jika ia adalah satu lawan satu (apa yang Mahathir dan Azmin mahu). Dengan perlawanan tiga penjuru yang terdiri daripada Umno, PAS dan Amanah maka pembangkang akan kalah dan tidak ada tekanan ke atas Najib.

Tiada apa-apa yang menyebelahi perancangan Mahathir. Jika Langkah Kajang 2.0 berjaya maka rancangan Mahathir untuk mengambil alih PKR dengan Azmin sebagai presiden parti yang baru dan proksinya akan gagal. Jika Umno menang Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam perlawanan tiga penjuru maka rancangan Mahathir untuk menggunakan ini bagi memaksa Najib untuk meletak jawatan juga gagal.

Apa yang paling ironis adalah hakikat bahawa Mahathir mahu mengambil alih parti yang pada asalnya ditubuhkan sebagai platform anti-Mahathir dan kini beliau mahu menjadi Ketua Umum dengan Azmin sebagai proksi.

Jika Seri Paduka Baginda Agong enggan bertemu Mahathir kerana kononnya 1.2 juta tandatangan adalah penipuan maka kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat akan musnah dan hancur.

Apa yang tambah memalukan bahawa Wan Azizah adalah orang yang memusnahkan kempen Selamatkan Malaysia Mahathir dan Deklarasi Rakyat malah pada masa yang sama menyekat langkah Mahathir untuk menggunakan Azmin untuk mengambil alih PKR dan menjadikannya parti proksi beliau untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.

Jadi jangan memandang rendah wanita yang cukup tenang dengan kipas Jepun. Wan Azizah baru sahaja mengalahkan Mahathir dengan Kung Fu Bamboo, hanya dengan menggunakan kipas Jepun untuk “memotong leher” musuh sepertimana Wan Azizah “memotong leher” Mahathir.




Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top