.... "Bercakap Dengan Botol", Video Rafizi Menghina Wartawan | AAKJ



Mesyuarat Majlis Presiden PH ditangguhkan sekali lagi disebabkan ramai kepimpinan parti komponen yang tidak hadir pada mesyuarat yang sepatutnya diadakan hari ini.

"Menteri Besar (Azmin) tak ada, Setiausaha Agung (Rafizi) tak ada sebab di mahkamah, dan Ketua Menteri (Lim) pun ta ada.

"Kita dapati ramai pimpinan utama yang penting tak ada," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Wan Azizah berkata demikian apabila disoal tentang penangguhan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang tertangguh buat kali ketiga.

Tetapi portal pro-pembangkang MalaysiaKini melaporkan:

Walaupun mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada mulanya dibatalkan, namun ia diadakan tanpa kehadiran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali serta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Mesyuarat yang diadakan di pejabat ketua pembangkang di tingkat 14, Menara Parlimen itu diadakan kira-kira jam 1.25 petang. Mesyuarat itu diakhiri kira-kira jam 2 petang.

Ia dihadiri oleh pemimpin Pakatan Harapan antaranya Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddn Ayub, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Majlis Presiden Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagi DAP pula ia diwakili oleh antaranya Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke. Hairan kerana namanya ialah 'Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan' tetapi hanya Wan Azizah seorang sahaja berjawatan Presiden pada mesyuarat tingkat 14 itu. Dan mesyuarat tertinggi Pakatan Pembangkang itu hanya selama 35 minit sahaja!
Laporan MalaysiaKini ini sudah pasti akan menjadi bahan jenaka rakyat.

Dalam masa yang sama, ketidakhadiran beberapa kepimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang dalam mesyuarat 35 minit ini menguatkan lagi khabaran wujudnya pertelingkahan dan keretakan di dalam PKR serta sesama parti dalam Pakatan Pembangkang.

Lebih menghiburkan kita apabila Rafizi Ramli dilihat semakin rimas dan tidak dapat lagi bersikap profesional di depan pihak media.

'Ketidakmesraan' Rafizi Ramli dengan wartawan ini adalah di antara yang terbaru di dalam puak Pakatan Pembangkang. Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah menunjukkan sikap tidak profesional di depan wartawan. Sekarang giliran Rafizi pula.

So…who's next ?





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top