.... Bantuan Najib Bolehkan BN Sarawak Menang Lebih 70 Kerusi | AAKJ



Tinggal 4 hari lagi tarikh untuk rakyat Sarawak mengundi bagi pilihanraya negeri kali yang ke 11 ini. Yang jelas parti Barisan Nasional pusat pimpinan PM Najib dan Barisan Nasional Sarawak pimpinan Adenan Satem kali ini melangkah dengan penuh yakin untk memenangi sekali lagi dengan jumlah kerusi yang lebih besar.

Seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan pilihanraya negeri ini boleh melihat bagaimana serius dan fokusnya PM Najib turun sendiri berkempen di Sarawak. Malah kehadiran PM Najib ke sini lebih dari 50 kali menunjukkan penerimaan positif rakyat Sarawak dan keinginan mereka bertemu dengan Apai Besar Malaysia menjadi kenyataan.


Baca: 


Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem sentiasa memuji dan berterima kasih kepada PM Najib kerana belum pernah selama ini Perdana Menteri Malaysia begitu bersungguh untuk membangunkan Sarawak setanding dengan negeri lain di semenanjung.

Rakyat Sarawak boleh melihat sendiri khasnya bahawa berlaku perubahan drastik di dalam pembangunan infrastruktur domestik. Jajaran jalan dan jambatan, masalah air, prasarana sekolah dan paling besar, lebuh raya Pan Borneo yang mampu membawa perubahan besar kepada sistem hubungan antara daerah di Seluruh Sarawak dan juga hubungan dengan negeri Sabah.


Kehadiran PM Najib walaupun ke pelusuk kampung sekalipun boleh dilihat bagaimana sambutan rakyat terhadapnya. Inilah yang membuatkan parti pembangkang cukup cuak. Cerita kononnya PM Najib tidak popular di Sarawak hanyalah sebuah cerita pembohongan yang sengaja direka dan aura PM Najib di Sarawak bukannya aura yang dibuat-buat.

Aura kepimpinan Barisan Nasional Sarawak yang baharu juga semakin terselah dan ini membuatkan ramai penganalisis politik berpandangan BN Sarawak mampu meraih 72 kerusi kali ini. Ditambah pula dengan perpecahan ketara parti pembangkang yang bertanding sesama sendiri di beberapa DUN membuat rakyat Sarawak hilang terus keyakinan terhadap pakatan pembangkang.

Di pilihanraya negeri ke 10, keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1)

Tambahan pula percakaran secara terbuka antara pemimpin DAP dan PKR mengenai perjanjian yang sudah pun ditandatangani sebelum pilihanraya ini dilihat sudah tidak boleh digunapakai. Ini diakui sendiri oleh Nurul Izzah bahawa walaupun sudah diturunkan tandatangan tersebut namun ianya belum boleh dianggap muktamad.

Lim Guan Eng kekal menuduh bahawa PKR yang melanggar perjanjian tersebut dan cuba menipu rakyat Sarawak bahawa perjanjian pembahagian kerusi tersebut akan dibincang selepas 7hb Mei iaitu selepas hari mengundi. Apalagi yang nak dibincangkan selepas hari mengundi?
 

Pengundi Sarawak wajib melihat prestasi khidmat calon pembangkang yang menang di penggal yang lalu, berkhidmatkah mereka atau sekadar berceramah memburukkan kerajaan Sarawak?

Pengundi Sarawak juga sudah sedar bahawa parti DAP, PKR, PAS dan PAN bukanlah parti yang lahir di Sarawak. Sentimen yang pembangkang tiupkan mula memakan diri sendiri. Mereka yang mulakan kononnya Adenan atau lebih dikenali sebagai Tok Nan merupakan 'proksi' PM Najib sedangkan jelas bahawa tidak ada satu pun parti komponen BN Sarawak yang lahirnya di Semenanjung. Kesemua komponan adalah parti asal rakyat Sarawak.

Jelasnya, di mana saja PM pergi di bumi Sarawak. Rakyat di sini menunggu untuk bertemu mata dengannya.






Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top