.... Azmin 'Booking' Semua Hotel Dan Chalet Di Sg Besar? | AAKJ



Lumrahnya setiap kali ada pilihanraya kecil maka jentera bahagian logistik setiap parti akan mula mencari rumah, hotel, chalet atau homestay untuk dijadikan tempat tinggal sementara jentera parti masing-masing.

Baca: 


Kesannya, harga sewa akan mula melambung tinggi walaupun hanya untuk digunakan selama 14 atau 15 hari. Harga di antara RM3000 hingga berbelas ribu adalah biasa dan ianya tertakluk kepada saiz atau kondisi rumah tersebut.

Broker juga akan mula sibuk mengiklankan rumah yang mereka 'ada' dan ini menambahkan lagi faktor kenaikan harga harga rumah sewa berkenaan. Lagipun inilah masanya kepada yang sanggup korbankan rumah mereka untuk mendapat sedikit wang tambahan. Ada yang sanggup berpindah sementara semata-mata untuk mendapatkan sedikit duit tambahan.

Yang menjadi persoalan, kenapa tiba-tiba timbul cerita chalet dan hotel-hotel yang berkedudukan strategik sudah fully book dan khabarnya Azmin Ali yang tempah kesemuanya. Desas desus mengatakan ianya untuk menempatkan jentera PKR. Benarkah?

Ada juga sumber rapat mengatakan tempahan tersebut untuk menempatkan kakitangan agensi kerajaan negeri Selangor yang mana akan buat kerja 'all-out' untuk membantu pembangkang dalam pilihanraya kecil kali ini. Apakah Azmin sanggup berhabis demi rakan pakatan baru pembangkang atau ianya untuk membantu calon PKR?

Hubungilah mana-mana hotel di kawasan Sekinchan dan chalet yang mana Kerajaan Negeri Selangor ada 'share', apakah jawapan yang mereka akan berikan? Cuba call Chalet di Sg Hj Dorani.

Azmin perlu jawab dengan segera.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top