.... Video Netizen Puji MB Razif Bawa Zakir Naik Ke Terengganu | AAKJ





Terengganu Times: Program ceramah yang diadakan di seluruh Terengganu oleh Dr Zakir Naik telah melonjakkan nama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif apabila ramai netizen berpendapat kejayaan program tersebut ialah inisiatif Ahmad Razif.

Dalam Twitter hari ini, netizen memuji tindakan Ahmad Razif yang Berjaya membawa Dr Zakir ke Terengganu dan mengenali tokoh agama tersebut dengan lebih dekat, apatah lagi dengan isu-isu panas yang membabitkan dirinya di Malaysia dan luar negara.

Antara tweet yang paling banyak di”re-tweet” pada hari ini ialah; “Untuk pengetahuan korang, kedatangan #ZakirNaikTerenggany adalah pelawaan MB @YBAhmadRazif ketika mereka bertemu di Korea, tahun lepas”.



Tweet ini telah mendapat ribuan re-tweet oleh golongan belia yang amat meminati Dr Zakir yang terkenal dengan hujah-hujah tentang perbandingan agama Islam dengan agama-agama lain.

Sebelum ini, Ahmad Razif ketika mengadakan lawatan kerja di Korea Selatan akhir tahun lalu secara tidak langsung bertemu dengan Dr Zakir di sebuah restoran Islam terkenal di negara itu.

Pada masa yang sama, Ahmad Razif turut menjemput Dr Zakir untuk ke Terengganu bagi menyampaikan ceramah agama di seluruh Terengganu.

Dr Zakir kini dalam program jelajahnya ke seluruh Terengganu bermula 9 April lalu dan akan berakhir pada hari ini di Kemaman. Sila tonton video lanjut

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top