.... Video MB Razif Ambil Nina Grace Jadi Anak Angkat | AAKJ



Pihak Kolej Ranaco Education & Training Institute mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang telah mengambil Nur Nina Farisha sebagai anak angkat selepas pengislamannya di program Dr. Zakir Naik Jumaat lalu.

Ketua Eksekutif Ranaco Yuswardi Yusof, berkata pihak kolej amat berbesar hati dengan keputusan MB dan akan cuba membantu membimbing Nina menjadi seorang Muslim yang diredhai oleh Allah SWT.


Baca: 

‘Kami mengucapkan terima kasih kepada kerana YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sudi mengambil Nur Nina sebagai anak angkat beliau dan insyaallah kami akan cuba membantu dengan sebaiknya’ katanya.

‘Apa yang akan dilakukan adalah untuk menjaga kebajikan beliau agar tidak rasa tertekan dan dapat mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna’, tambahnya.

Menurutnya, pihak kolej tidak menyangka ada pelajarnya mengucap syahadah di depan Dr Zakir Naik namun bagi pihak kolej, mereka menghormati keputusan itu dan akan cuba menyediakan barang-barang keperluan seperti pakaian sembahyang kepada Nina.

‘Sebenarnya pihak pun kami terkejut berkenaan hal ini dan tidak menyangka bahawa akan ada pelajar kami akan mengucapkan kalimah syahadah di Padang Astaka’.

‘Walau bagaimanapun kami menerima keputusan beliau dan kami cuba sediakan sedikit barang keperluan seperti sejadah, kain sembahyang dan pakaian’.

‘Pihak kami juga menyediakan pegawai (agama) untuk bersama-sama beliau jika ada sebarang masalah yang timbul dan selesaikannya’tambahnya.

‘Untuk tindakan susulan, yang pertama kami membawa Nina pergi ke pejabat agama untuk menyelesaikan pendaftaran beliau sebagai seorang Muslim’.

‘Namun kami mendapat bantuan dari YB Ir Rosli Othman dan isteri juga beberapa orang daripada Pejabat Agama Kemaman untuk menyelesaikan perkara ini dan alhamdulillah ia telah selesai semalam’.

Beliau berkata demikian selepas ditemui wartawan Terengganu Times di Kemaman kelmarin.

Yuswardi memberitahu, pihak kolej mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Adun Kemasik dan Pejabat Agama Kemaman dalam mempercepatkan proses pendaftaran Nina.

Harapan Kolej Ranaco adalah melihat Nina mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna dan contoh kepada pelajar Islam lain mendalami kehidupan sebagai orang Islam.

Di samping itu Kolej Ranaco ada menyediakan 6 orang ustaz dan ustazah untuk pembelajaran kelas agama seperti mengajar kelas fardhu ain dan al Quran secara percuma kepada pelajar.

Nur Nina Farisha menjadi perhatian di seluruh Negara selepas mengucap dua kalimah syahadah di depan Dr Zakir Naik dalam satu program dakwah di Padang Astaka Jumaat lalu.

Dr Zakir Naik datang ke empat lokasi di Terengganu atas jemputan peribadi Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang telah mengundang lebih 100,000 pengunjung. -Terengganu Times



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top