.... Video Di Manakah Allah 'Berada' - Dr Zakir Naik | AAKJ



SEBELUM ini kecoh isu Ustaz Abu Syafiq menuduh Dr Zakir Naik kononnya memurtadkan seorang pelajar, Nur Nina Farisha supaya beliau dapat berlakon mengislamkannya di khalayak ramai di dalam salah satu ceramahnya.

Baca: 


Ustaz Abu Syafiq juga menuduh dan menghina Dr Zakir Naik tidak tahu membaca dan menyebut ayat Al-Quran dengan betul di status facebook beliau di waktu yang lain yang juga dikecam hebat oleh netizen.

Kini Ustaz Abu Syafiq kembali lagi menghina dan menyerang Dr Zakir Naik dengan mempersoalkan jawapan Dr Zakir Naik tentang beberapa ayat Al-Quran berkenaan Allah di atas Arasy dari satu klip video yang dimuat naik di laman sesawang Youtube pada 12 April 2016 (https://www.youtube.com/watch?v=6Xv8pD69DTc).

Status facebook Ustaz Abu Syafiq pada 13 April 2016 itu secara tidak langsung seolah-olah beliau sedang memansuhkan ayat suci Al-Quran dengan membuat kenyataan “Dalam Quran tiada sebut Allah berada atas Arasy” sedangkan terdapat beberapa ayat Al-Quran dan hadis sahih yang menyatakan sedemikian.

JIKA beliau benar-benar beriktiqad seperti yang beliau tulis di status Facebook beliau tentang “Dalam Quran tiada sebut Allah berada atas Arasy” ditakuti boleh jatuh hukum kufur. Ini perkara yang serius!

Ustaz yang terkenal dengan sikap buruk mengeji sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya itu mendapat perhatian seorang doktor perubatan yang tidak senang dengan serangan ustaz tersebut terhadap Dr Zakir Naik.

Menurut saya, perkara ini amat memalukan kerana sepatutnya seorang ustazlah yang patut mengajarkan Al-Quran kepada seorang doktor perubatan dan bukan sebaliknya.

Timbul persoalan, benarkah beliau seorang ustaz atau hanya ‘jelmaan’ untuk menipu orang ramai?

Berikut adalah jawapan doktor perubatan tersebut kepada Ustaz Abu Syafiq tentang beberapa ayat Al-Quran dan hadis sahih keberadaan Allah di atas Arasy.
 

Oleh: Dr. Aznil Hisham

Ustaz Syafiq berasa pelik.

Dia kata dalam Al Quran tiada sebut Allah berada di Arasy..

Benarkah 0_o?

Abis yg ni apa?

1. “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;” (al-a’raaf: 54)

2. “Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.” (Thohaa: 5)

3. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. (Yunus: 3)

4. “..Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu (tentang Allah) kepada Yang mengetahuinya (Muhammad s.a.w.).” – (al-Furqaan: 59)

Ini dari Nabi :

Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya (Jariyyah/hamba wanita) , beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w.;

Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah (aina Allah)?” Jawab hamba itu: “Allah di langit (fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?”
Jawab hamba itu lagi: “Engkau adalah Rasulullah.” Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang beriman). [Hadis Diriwayatkan oleh Imam Muslim]

Ini dari Imam 4 mazhab :

1. Telah berkata Imam abu Hanifah:

“Barangsiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir.”

2. Telah berkata Imam Malik Bin Annas:

“Allah berada di langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat dan tidak tersembunyi sesuatupun dari-Nya.”

3. Telah berkata imam as-syafi’e:

“Dan Allah di atas ‘arsy-Nya di atas langit-Nya.”

4. Telah berkata Imam Ahmad:

“Benar! Allah di atas ‘arsy-Nya dan tidak sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuan-Nya.” 


– Mynewshub.cc

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top