.... Video: Ahli Parlimen Sepang Pengsan Lepas ‘Bertekak’ Dengan Menteri Di Parlimen | AAKJ



Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin terpaksa dibawa keluar dari Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini setelah beliau dipercayai pengsan secara tiba-tiba. 

Difahamkan, Hanipa di bawa keluar bagi mendapatkan rawatan awal di klinik Parlimen sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. 

Selain itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut memuat naik gambar kejadian tersebut menerusi laman sosial Twitter beliau. M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ditemui pemberita berkata Mohamed Hanipa tidak keluar dewan sewaktu rehat dan beliau bersama Charles Santiago (DAP-Klang) telah mendekati Anggota Parlimen itu dan mendapati beliau telah pengsan di kerusinya. 

“Beliau kemudian dibawa dengan kerusi roda ke klinik Parlimen dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. 

Kulasegaran berkata sebelum itu Mohamed Hanipa dikatakan mengadu loya dan lemah beberapa ketika sebelum waktu rehat tersebut. 

Terdahulu Hanipa dikatakan bertekak dengan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato’ Seri Hamzah Zainudin ketika perbahasan Rang Undang-Undang Syarikat 2015 di Dewan Rakyat. Pegawai Parlimen memaklumkan bahawa Ahli Parlimen itu muntah-muntah dan tekanan darahnya melonjak tinggi 250/110. 

Mohamed Hanipa merupakan anggota Parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket PAS sebelum menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) tahun lalu. Berikut adalah rakaman perbahasan tersebut, sebelum beliau pengsan.

Sumber: SuaraTV
 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top