.... Ustak Abu Syafiq Kondem Dr Zakir Naik Tidak Pandai Berbahasa Arab | AAKJ



USTAZ Abu Syafiq, selepas dikecam teruk akibat mempersoalkan kredabiliti pendakwah Dr. Zakir Naik yang mengislamkan seorang pelajar, Nur Nina Farisha, nampaknya sekali lagi mencetuskan kebencian di media sosial.

Menerui posting bertarikh 12 April yang dimuat naik di halaman Facebooknya, dia dilihat cuba mempersoal cara sebetuan yang dituturkan oleh tokoh pendakwah Maal Hijrah 2013 itu.



Menurutnya, ‘Eh..ni surah apa nama Bakara sepatutnya Al Baqaroh…bunyi dah lain….baca Quran yang dalam Bahasa Arab pun bunyi jauh sgt bezanya..kalau sikit beza takpelah…ni melangit…,Eh!..dia ni biar betul,” tulisnya di posting tersebut.


Baca: 

Pengikut gerakan ASWAJA itu turut mempersoal penggunaan bacaan ayat dalam surah Al-Baqarah yang mana kononnya Dr. Zakir telah tersalah fakta dengan mengatakan ayat ke-299 di dalam surah tersebut.

“Lepas tu juzuk 4 terletak dalam Surah Aal- ‘Imran dan bukan dlm Surah al-Baqarah..lagipun Surah Al Baqarah akhir ayatnya 286.. mana dtg plak ayat 299 dlm Al-Baqarah,” dakwa Abu Syafiq

Lantas, tindakannya itu dikecam oleh pengguna Facebook yang melihat dakwaan ‘maha hebat’ Abu Syafiq itu, selain mempersoalkan adakah dia menabur fitnah kepada Dr. Zakir dengan mengatakan sedemikian.

“Nampak sangat ustaz ni memang cap ayam. Even bahasa mana-mana pun…kalau disebut oleh bangsa berbeza..perkataan yang sama..tapi bunyinya ikut slang yang biasa digunakan. Payah kalau ada ramai lg ustaz cap ayam macam ni,” tulis pengguna Facebook Dian Aziz.

“Manusiakan berbeza. Kalau manusia ni semua sama, kenapa Allah turunkan bacaan Al-Quran berqiraat 7 jenis bacaan. Cubalah merantau sikit. Kalau di negara mediteranian spt Maghribi, Tunisia, dll ni, saudara seagama kita ni tak dapat sebut perkataan ‘Allah’ macam orang arab menyebut. Begitu juga dengan saudara seagama kita dari pakistan, india & bangladesh. ah memang lidah mereka kemampuan macam tu.

“Apa jenis la orang macam kau ni. Memalukan Islam je. Pakai nama depan letak ‘ustaz’ tapi menyemai kebencian. Kalau salah pergi tegur depan2. Kan dah jemput untuk semua hadir & tanya soalan. Bukan macam anjing menyalak bukit. Sembang kencang dalam Facebook je,” terang Ameirul Anwar Mustadza berkenaan sikap tidak profesinal ustaz tersebut.

Bagi kami, mungkin Abu Syafiq ini sebenarnua sengaja menimbulkan pelbagai dakwaan tehadap Dr. Zakir agar orang ramai lebih ‘terbuka’ dengan ideologi ASWAJA-nya.

Buat pengetahuan. andai jika benar Dr. Zakir Naik tersalah mungkin adalah tidak disengajakan, namun benarkan Dr. Zakir yang tersilap ataupun insan bernama Abu Syafiq ini yang sengaja menimbulkan fitnah?-MYNEWSHUB.CC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top