.... TMJ Tidak Sabar Debat Dengan KJ | AAKJ



Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui tidak sabar menanti tarikh bagi perbahasan membincangkan mengenai punca kemerosotan bola sepak negara sambil terus menegaskan ia perlu dibuat secara terbuka. 

Baca: 


Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), berkata perbahasan itu bukan saja perlu dilakukan secara terbuka di hadapan semua penyokong bola sepak Malaysia, malah dapat disaksikan seluruh negara.

TMJ sebelum ini mencabar beberapa individu penting dalam bola sepak negara untuk mengadakan perdebatan termasuk secara langsung di televisyen berkaitan isu kemerosotan sukan utama itu.

Antara individu yang disenaraikannya termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM); jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee; Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B Sathianathan.

"Bola sepak adalah milik rakyat dan mereka mempunyai hak untuk mengambil tahu tentang situasi-situasi yang dihadapi sekarang ini," kata TMJ yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam satu entri di laman sosial Facebook pasukan itu, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

"Saya amat menghargai sekiranya mereka boleh membenarkan ramai penyokong bola sepak untuk turut hadir, supaya penyokong boleh bertanyakan secara terbuka mengenai apa-apa soalan yang mereka mahu tanyakan," katanya.

Semalam, Khairy menyahut baik cabaran Tunku Ismail untuk berbahas mengenai perkara itu dan menyifatkan langkah berkenaan perlu bagi menunjukkan komitmennya selaku menteri bertanggungjawab.

Sathianathan dalam pada itu turut menyatakan kesediaannya dan menyambut baik pelawaan Tunku Ismail sambil menyifatkan cadangan itu sebagai satu tindakan yang wajar untuk dilaksanakan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top