.... Tersalah Lapor: Wartawan Malaysiakini Cabut Lari Dari Sarawak | AAKJ



KUCHING – Seorang wartawan portal Malaysiakini berdepan tindakan dihantar pulang ke Kuala Lumpur susulan laporan beritanya yang membangkitkan sentimen keagamaan di negeri ini.

Baca: 

Menurut sumber yang memberitahu SuaraTV, pihak Editorial Malaysiakini pada jam 2 petang tadi dikatakan telah mengarahkan wartawannya, Kow Gah Chie untuk segera keluar dari Sarawak bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

“Saya dimaklumkan Gah Chie telah pulang petang tadi selepas diarahkan segera balik ke Semenanjung.

“Berita fitnah itu tersebut telah menyebabkan rakyat Sarawak marah malah beberapa laporan turut dibuat ke atasnya,” katanya sebentar tadi.

Sumber yang sama juga memaklumkan wartawan terbabit menaiki penerbangan pulang dengan pesawat Air Asia jam 6 petang ini.

Sehingga kini sekurang-kurangnya dua laporan polis dibuat ke atas wartawan berkenaan.

Wartawan itu sebelum ini menulis berita bertajuk ‘Undi BN untuk pastikan umat Islam jadi KM Sarawak’ yang dipetik dari luar konteks ucapan ADUN Nangka, Dr Annuar Rapa’ee menyebabkan timbulnya kekeliruan umum.

Dr Annuar menafikan berucap demikian dan menyifatkan laporan tersebut sebagai putar belit dan fitnah dengan tujuan menimbulkan sentimen keagamaan di kalangan rakyat Sarawak.

“Saya tidak pernah sebut itu. Semuanya fitnah dan putar belit wartawan Malaysiakini itu.

“Saya hanya berkata, undi BN untuk kekalkan Adenan Satem,” tegas Dr Annuar Rapa’ee, dipetik dari laporan SarawakVoice kelmarin.

Katanya, tindakan wartawan portal itu, Kow Gah Chie mempunyai berniat jahat dan amat tidak bertanggungjawab.

“Dia (Gah Chie) harus faham bahawa di Sarawak, sentimen agama dan perkauman tidak mendapat tempat.

“Kerana itu kita amat menyokong tindakan calon BN di Dudong Datuk Tiong Thai King tidak melayan wartawan dari Semenanjung itu petang tadi,” katanya. – SuaraTV

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top