.... Tengku Sri Paduka Raja Selar Tindakan Ahmad Said Guna Nama Tuanku | AAKJ




Isu pembubaran DUN yang berlegar di kalangan rakyat Terengganu telah menyebabkan ramai yang gelisah oleh kerana kenyataan Mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang telah mengaitkan nama Tuanku dalam isu politik balas dendam beliau.

Baca: 


Menurut sumber, Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah menyelar tindakan Ahmad Said kerana melibatkan nama sultan dalam politik dalaman beliau.

Beliau turut menyifatkan apa yang di lakukan oleh Ahmad Said khususnya dalam usaha menukar Menteri Besar sedia ada adalah bersifat ‘lone ranger’.

Tengku Ibrahim yang juga merupakan bapa saudara kepada Tuanku Sultan Mizan meluahkan rasa terkejut dan dukacita terhadap situasi yang berlaku.

“Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Ahmad Said bahawa rakyat negeri cinta dan kasih kepada negeri Terengganu Darul Iman ini.

Mereka tidak mahu negeri ini menjadi kucar kacir atas perbuatan seorang ‘lone ranger’ yang cuba melepaskan dendam kesumat terhadap Menteri Besar yang ada hari ini’ , katanya dalam satu sidang media.

Mengulas lanjut Tengku Ibrahim menegaskan pelantikan Ahmad Razif di lakukan oleh Perdana Menteri atas perkenan Sultan Terengganu.

Tambahan pula, pentadbiran Ahmad Razif yang hampir masuk usia dua Tahun tiada cacat celanya malah rakyat menyenangi pentadbiran beliau.

Sebaliknya beliau berkata, pentadbiran semasa zaman Ahmad Said belum tentu benar-benar telus.

Pada himpunan khas kepimpinan akar umbi UMNO yang di adakan 2 April yang lepas bersama Dato’ Seri Ahmad Razif, hampir 5000 kepimpinan UMNO telah menyatakan sokongan padu kepada PM dan MB.

Sebelum ini, Ahmad Razif berikrar untuk lawan dengan berusaha lebih gigih bagi mencipta lebih banyak kejayaan dan lebih banyak kebaikan untuk rakyat apabila Ahmad Said mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap beliau.

“Saya akan lawan! Saya akan lawan dengan berusaha supaya mencipta lebih banyak kejayaan, lebih banyak kebaikan untuk rakyat!. “Saya akan lawan dengan berusaha keras supaya Terengganu dihormati kawan dan lawan. Saya akan lawan dengan berusaha supaya kita dapat hapuskan sebarang bentuk rasuah dan penyelewangan. Kalau saya mati sekalipun, saya mati melawan.” , ikrar Ahmad Razif.

Bagi Ahmad Razif, jika kebaikan dibalas dengan kejahatan maka itu adalah dendam. Namun sekiranya terdapat kebaikan yang disebut oleh pihak lain ketika beliau menjadi Menteri Besar, ia sebenarnya adalah kebaikan yang dimulakan oleh Barisan Naisonal (BN) terdahulu.

Beliau juga tidak menafikan sumbangan sesiapa, malahan beliau selesaikan apa yang tidak selesai dan tambah nilai apa yang belum selesai.

Sepatutnya Ahmad Said menerima kenyataan bahawa beliau bukan lagi Menteri Besar Terengganu dan memberi sokongan kepada Ahmad Razif untuk memakmurkan negeri tersebut. Tindakan melampau Ahmad Said hanya akan merugikan dan memalukan beliau sendiri sahaja.



sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top