.... "Rara DAP" Berkepit Di Kapit? | AAKJ



Antara anak gadis Melayu yang digunakan DAP sepanjang kempen pilihanraya negeri Sarawak ke 11 adalah Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara. Beliau merupakan anak didik Dyana Sofea yang kalah bertanding di pilihanraya kecil Teluk Intan beberapa waktu yang lalu.

Baca: 


Menurut sumber bilik gerakan pakatan harapan, Rara terpaksa memikul tugas Dyana Sofea kerana Dyana dikatakan mempunyai krisis moraliti yang menjejaskan nama baik DAP. 


Isu yang dikatakan Dyana mempunyai hubungan sulit dengan YB Zairil menyebabkan beliau tidak tersenarai di dalam team Lim Guan Eng dalam misi DAP berkempen di Sarawak.

Malah timbul juga persoalan. Dyana dikatakan akan berada di luar negara selama 9 bulan atas sebab-sebab tertentu. Sebab apa? Angka 9 itu telah mula menimbulkan persoalan di kalangan pemimpin DAP sendiri.

Kini, Rara pula datang ke Sarawak. Bersama siapa beliau ke hulu dan ke hilir? 
 "kami pun enda nemu nama tuju bala sida DAP ari semenanjung datai ngasut bala rakyat kapit lalu ngena bala indu nyak cara ti amat ngemaluka" - warga  Iban Kapit
Apa lagi yang Rara dan DAP hendak menipu warga Kapit?

Tidak perlu dan tidak mampu RAra dan DAP untuk disembunyikan bahawa kerajaan Pusat sudah memperuntukkan RM800 juta untuk pelbagai projek pembangunan luar bandar di Kapit dan Kanowit.

Malah menurut Najib, peruntukan pembangunan tersebut adalah komitmen kerajaan BN dalam menyediakan infrastruktur dan akses perhubungan kepada rakyat khususnya di luar bandar.


Saya memulakan lawatan projek pembinaan Jalan Kapit-Song-Kanowit-Sibu di Jambatan Sungai Yong bagi melihat kemajuan kerja-kerja pembinaan jalan raya ini. Projek jalan raya Jalan Kapit-Song-Kanowit-Sibu sepanjang 102 kilometer, dengan kos sebanyak RM 800 juta, adalah bertujuan untuk membina akses jalan darat kepada pedalaman Sarawak dengan dunia luar. Buat masa ini, Kapit hanya boleh diakses melalui pengangkutan air di Sungai Rejang.


Bagi tapak pembinaan laluan tiga daerah iaitu Kapit-Song-Kanowit sepanjang 81.9 kilometer, ia telah pun siap 55 peratus.

Saya meneruskan tinjauan Projek Jalan Kapit- Song-Kanowit-Sibu di Kem Seturak yang merupakan projek pembinaan Seksyen C Fasa 3 Jalan Song-Sungai Yong Pakej 1 sepanjang 5.5 kilometer. Seksyen C ini juga melibatkan pembinaan satu jambatan merentasi Sungai Katibas.

Dalam tinjauan terakhir saya untuk melihat perkembangan pembinaan jambatan yang merentas Sungai Kanowit, saya gembira apabila dimaklumkan jambatan dengan kos RM50 juta ini dijangka akan siap pada pertengahan tahun 2017.

Insya-Allah, Projek Jalan Kapit- Song-Kanowit-Sibu ini dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun setengah dan akan memberi manfaat kepada 100,570 penduduk sekitar Kapit, Kanowit serta Song dan mengurangkan kebergantungan kepada pengangkutan air.

Dalam lawatan saya ke Rumah Taboh di Skim Penempatan Semula Rascom, saya telah meluluskan peruntukan RM50 juta bagi pembinaan jalan raya dari Nanga Ngungun ke Nanga Jagau sepanjang 22 kilometer.

Jalan raya ini kelak akan membolehkan penduduk dari Ulu Ngemah yang dipindahkan ke Skim Penempatan Semula Rascom di Nanga Ngungun kembali ke kampung asal mereka untuk mengerjakan tanah-tanah yang telah ditinggalkan.

Jalan raya itu akan membawa manfaat kepada kira-kira 5,000 penduduk Skim Penempatan Semula Rascom di Nanga Ngungun dan Nanga Jagau.

Saya akan kembali semula melawat Sarawak dan memastikan lebih banyak projek pembangunan infrastruktur pemangkin akan dijalankan bagi memberi lebih banyak faedah kepada rakyat Sarawak. Insya-Allah! - PM Najib


foto yang tersebar di google dan medium internet yang lain.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top