.... #PRNSarawak: Video Kempen Liar DAP, Calon Tuduh TV1,TV2 dan TV3 Siar Berita Rasis | AAKJ



Terdesak untuk tarik perhatian pendengar atau pun mungkin tertekan dengan jumlah kehadiran yang amat mengecewakan, Calon DAP Batu Kitang, Aziz Isa atau Aziz Cicak dengan berani menuduh TV1,TV dan TV3 menyiarkan berita berbentuk rasis yang mengganggu keharmonian negara.

Baca: 



Apa justifikasi Aziz menuduh sedemikian? Apakah beliau ingat rakyat Malaysia khususnya Sarawak tidak pernah tonton siaran di kesemua saluran yang beliau sebutkan itu? Apa maksud Aziz Cicak sebenarnya?

Aziz melemparkan tuduhan liar tersebut pada ceramahnya malam tadi di Padungan di hadapan kira-kira 150 orang penyokongnya. Ada pendengar yang mengeleng kepala kerana agak terkejut dengan tuduhan Aziz Isa yang juga dikenali sebagai Aziz Cicak di kalangan kawan rapatnya.


Bukan itu sahaja, selama beberapa hari berkempen di pentas ceramah DAP, Aziz Isa cuba ditampilkan oleh partinya sebagai ikon Melayu pertama Sarawak yang bertanding menggunakan tiket DAP.

Walaupun DAP tahu latarbelakang moral Aziz Isa yang suka bersosial hingga tahap mabuk tunggang langgang, bagi DAP ianya isu peribadi dan selagi boleh memimpin apa salahnya dia seorang peminum tegar?

Baca dari blog negara pakatan rakyat:
Orang BN Semenanjung yang datang membantu kempen parti itu di Sarawak, betul-betul bodoh dan tidak berotak. Ini setelah mereka memainkan isu kononnya calon DAP bagi DUN Batu Kitang, Abdul Aziz Isa adalah seorang peminum tuak.

Bodohlah, apa isunya disitu? Tuak adalah minuman tradisi rakyat Sarawak, apa yang masalahnya? Semua orang di Sarawak minum tuak sejak zaman berzaman dan perkara itu tidak pernah menjadi masalah disini.

Malah dikatakan bukan orang Sarawaklah kalau tak pernah minum tuak!!

Apatah lagi menurut sumber terdekat DAP, Aziz bukan setakat minum tuak, beliau juga dikatakan biasa minum arak semasa berhibur di kelab malam – pun bukan satu masalah yang besar bagi rakyat di sebuah negeri majoriti bukan Islam seperti Sarawak.

Jika nak mengenakan Aziz dari sudut agamanya Islam sekalipun, ia tidak juga tidak akan menjadi kesan kerana menurut sumber yang rapat dengan pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen itu, Aziz sudah lama tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya.

Selain minum tuak seperti yang di dakwa, beliau dikatakan juga jarang bersembahyang apatah lagi datang ke masjid sejak beberapa tahun yang lepas.

Justeru, hentikanlah serangan berbentuk peribadi seperti ini kerana ia hanya membodohkan diri mereka sendiri sahaja. Tuak, arak, sembahyang atau tidak, tak pernah menjadi isu di Sarawak kerana negeri itu bukan didiami majoriti orang Islam seperti di Semenanjung.

Selain belm tentu pun semua dakwaan itu benar.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top