.... #PRNSarawak: Video Ceramah Lim Guan Eng Hanya 10 Orang Yang Dengar | AAKJ




Di manakah silapnya kerana ini bukan kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN) lebih dua penggal sejak sedekad lalu malah calon parti pemerintah pun dilaporkan langsung malu alah untuk melalui tempat ini. 


Baca: 


Namun inilah yang menjadi mimpi ngeri buat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri apabila ceramah politiknya mendapat sambutan di luar dugaan banyak pihak kerana hanya dihadiri kira-kira 10 orang sahaja.

Rakaman video ceramah beliau tersebut di Padungan yang terletak di pusat bandar raya ibu negeri Sarawak itu menjadi viral di media sosial tempatan sehingga ramai berasa sedih tidak percaya melihat keadaan berkenaan.

Jumlah 10 orang itu pun setelah ditolak petugas jentera DAP sendiri. Kalau angka ini sahih, maka ceramah Guan Eng itu mungkin sesuai dimasukkan dalam Malaysia Book of Records sebagai kehadiran penonton paling sikit.





Jika beginilah ceramah otai DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, bayangkan penerimaan masyarakat Cina di bumi kenyalang terhadap parti pembangkang Semenanjung itu.

Kerusi Padungan merupakan kubu kuat DAP sejak PRN ke-10 pada 2011 lalu dengan penyandangnya, Wong King Wei bertanding sekali lagi menentang calon BN, Peter Pau dan seorang calon parti tempatan, Star, Teo Kuang Kim.

Berdasarkan rakaman visual ceramah tersebut, Guan Eng seolah-olah bercakap syok sendiri ketika menghentam kezaliman kerajaan BN Sarawak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling kawasan premis perniagaan tersebut. – Mynewshub.cc

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top