.... #PRNSarawak: Video Calon Melayu DAP Terima "Wahyu"? | AAKJ



Satu perkara yang tak mampu kita sebagai orang awam berfikir adalah setiap kali pilihanraya samada pilihanraya umum atau pilihanraya negeri maupun pilihanraya kecil, pembohongan berleluasa tanpa ada apa pun tindakan.
 

Teringat bagaimana di pilihanraya umum ke 13 apabila Nurul Izzah, Calon PKR yang juga anak kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya memohon maaf kepada calon BN kerana terbukti beliau melancarkan fitnah berskala besar terhadap calon BN Raja Nong Chik ketika bertembung satu lawan satu di kerusi Lembah Pantai.

Bukan perkara baru calon atau pemimpin pembangkang menipu rakyat, malah disepanjang siri kempen yang sedang rancak bermula di Sarawak, calon-calon dari parti pembangkang secara orkestra cuba mencipta gelombang dengan pembohongan isu GST.

Di mana sahaja kita pergi ke ceramah mereka, isu GST adalah tajuk utama mereka. Fokus pembangkang amat mudah, sekiranya BN memang mana GST akan bertambah kepada 10%. Malah yang membodohkan pengundi mereka juga secara terang-terangan berbohong kononnya Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang tiada GST.


Calon pembangkang cuna menipu antara maksud SERAP GST dan MANSUH GST. (Baca di SINI apa makna serap GST dan tiada istilah kononnya Pulau Pinang MANSUH GST, baca di SINI)

Malam tadi ceramah DAP di Kota Sentosa, calon Melayu DAP Aziz Isa juga turut berbohong secara terang-terangan apabila menuduh BN Sarawak akan menaikkan kadar GST kepada 10% sekiranya menang pilihanraya negeri Sarawak kali ini.

Mungkin hingus masih di lengan, Aziz Isa memperbodohkan rakyat Sarawak tentang GST. Beliau lupa Sarawak juga bercadang serap GST, baca di SINI.

Macamlah dia terima wahyu, dah tahu apa akan berlaku esok!! 

Pihak berkuasa sepatutnya tangkap dan dakwa. Tidak perlu siasat kerana jelas beliau memfitnah!! 



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top