.... #PRNSarawak: Video Aziz Isa Desak DAP Lantik Beliau Jadi Ketua Menteri Sarawak? | AAKJ



Menurut sumber rapat bilik gerakan pakatan harapan, malam tadi adalah kali ke 3 Aziz Isa, satu-satunya calon Melayu DAP yang bertanding di Batu Kitang menyuarakan hasratnya supaya dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak sekiranya pakatan pembangkang menang di dalam Pilihanraya Negeri pada penggal ini.

Walaupun hubungan antara DAP dan PKR sudah keruh, namun DAP mendahului menyampaikan hasrat agar mereka yang menjadi Apai Besar Sarawak sekiranya pakatan harapan menang. Isyarat yang dihantar oleh Aziz Isa amat jelas, bukan sekadar DAP yang menjadi parti dominan di pilihanraya kali ini bahkan calon Ketua Menteri pun datangnya dari parti mereka.


Baca: 

Sehingga hari ini PKR tidak berani buka mulut kerana bimbang akan hilang sokongan kaum cina di kawasan mereka bertanding.

Wan Azizah, Azmin, Nurul, Rafizi seperti hilang suara pada pilihanraya ke 11 ini. Amat ketara kali ini apabila PKR dilihat seolah olah sudah dibuang di pentas ceramah DAP. Kalau dahulunya, calon-calon gabungan parti pembangkang akan berceramah di pentas yang sama namun kali ini DAP, PKR dan PAN masing-masing berkempen secara sendirian.

Paling jelas, kehadiran penyokong pun masih di bawah 300 orang di setiap lokasi ceramah walaupun mereka menumpang restoran atau kedai kopi yang ramai pengunjung namun tiada lagi gema kuat sorakan dan kalau ada pun hanyalah seperti bunyi lembu berak di jalanan.


Paling memalukan apabila Baru Bian, boneka Anwar di Sarawak dalam siri kempen ceramahnya tidak berani untuk menyuarakan bahawa beliaulah bakal Ketua Menteri Sarawak yang baharu seperti pilihanraya negeri Sarawak yang lepas.

Nampak gaya tiada jawapan siapakah calon Ketua Menteri Sarawak dari Pakatan Harapan sekiranya mereka menang? 

Kalau dilihat kepada jumlah kerusi yang dipertandingkan maka jawapannya cukup jelas, PKR yang mendominasikan jumlah kerusi kali ini tetapi yang keras bersuara adalah dari DAP!

Pengerusi DAP Sarawak sehingga kini belum memberi sebarang respon terhadap 'desakan' Aziz Isa tersebut.

PKR bertanding 40 kerusi
DAP bertanding 31 kerusi
PAN bertanding 13 kerusi
PAS bertanding 11 kerusi

 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top