.... #PRNSarawak: Siapa Bawa Keluarga Mangsa Culik Ke Pentas Ceramah DAP? | AAKJ



Hadirin di ceramah DAP di Pelawan, Sibu dikejutkan oleh anggota keluarga mangsa culik di luar pantai Sabah baru-baru ini, yang naik ke pentas untuk memohon bantuan.

Pengacara majllis memperkenalkan enam anggota keluarga tersebut dan menggesa orang ramai memberi bantuan kewangan untuk membayar wang tebusan.


Baca: 


Tanpa disangka-sangka, salah satu anggota keluarga itu terus melutut, dan diikuti oleh anggota keluarganya yang lain, yang turut mengejut pengacara dan hadirin.

Hadirin dilihat mengesat air mata ketika anggota keluarga mangsa culik melutut di atas pentas sambil memegang sepanduk memohon bantuan dari orang ramai.

DAP juga mengumumkan bahawa semua sumbangan di ceramah itu akan diberikan kepada kepada keluarga.

Anggota keluarga mangsa adalah penduduk asal Sibu.

Sebelum itu, MP DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang dilarang masuk ke Sarawak, membuat penampilan melalui Skype.

Bercakap melalui Skype kepada kira-kira 400 hadirin ceramah, Pua menyentuh mengenai deposit berbilion ringgit dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ceramah itu berlangsung di hadapan sebuah kafe tempatan dengan sebuah lori dijadikan sebagai pentas sementara.

Difahamkan bahawa ceramah Pua melalui skype itu turut ditunjukkan semasa ceramah lain di Kuching, Miri dan Bintulu.

Bagaimanapun, sambungan internet tidak stabil dan kadang kala tidak dapat didengar dengan jelas.

Ekoran itu, ia dipendekkan tetapi pihak penganjur berjanji untuk berusaha melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.


Timbul persoalan, apakah ini gimik politik DAP memandang mangsa dikatakan saudara terdekat salah seorang pemimpin DAP di Sibu? 

Antara artikel yang mengesahkan:

Malaysiakini melaporkan salah seorang daripada empat rakyat Malaysia yang diculik di perairan Semporna, Sabah malam semalam merupakan sepupu kepada Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng dari DAP.

Menurut laporan protal itu, dua lagi mangsa yang diculik, Wong Teck Pang dan Wong Teck Chi, adalah saudara-mara Lau dari Sibu, manakala mangsa keempat, Wong Hung Song merupakan rakan mereka.

Bimbang akan nasib suadara-maranya yang ntah hidup atau mati itu, Alice telah mengearahkan Ketua DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen, supaya membuat usul tergempar esok di Parlimen.

Menurut Chong, usul tergempar tersebut hanya boleh dibahaskan pada lusa kerana mengikut peraturan mesyuarat, setiap usul terggempar hendaklah dikemukakan kepada speaker sehari sebelum diabahaskan

Tambah beliau, sekiranya usul tersebut melibatkan kepentingan awam dan menepati tiga kriteria yang ditetapkan, barulah usul itu dibahaskan.

Insiden penculikan yang berlaku di Sabah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini selepas pertemuan Nurul Izzah dengan anak perempuan kepada ketua Pengganas Sulu, Jacel Kiram pada awal November tahun lepas.

Banyak pihak mempercayai bahawa kes-kes penculikan yang berlaku di Sabah bukan sahaja bermotifkan dendam tetapi juga konspirasi terancang pihak tertentu yang cuba mewujudkan keadaan tidak tenteram di kalangan rakyat dengan tujuan untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Malaysia.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top