.... PRNSarawak: Sarawak Negeri Bebas Tol, Azmin dan Guang Eng Tidak Perlu Datang Berkempen | AAKJ



DAP, PKR, PAS dan PAN bukanlah parti politik yang lahirnya di Sarawak. Jauh sekali parti-parti ini meletakkan wakil dari Sarawak di peringkat kepimpinan pusat. Rakyat Sarawak perlu sedar dengan siapa mereka alihkan kiblat.


Pemimpin pembangkang hampir kesemuanya hanya datang ke Sarawak apabila adanya pilihanraya, samada pilihanraya kecil mahu pun pilihanraya negeri setiap 5 tahun sekali.

Apa mereka bawa? Manifesto untuk membohongi rakyat demi kuasa? Kalau ikutkan track rekod, negeri manakah yang mampu mereka tonjolkan sebagai negeri atau model contoh kepada rakyat Malaysia bahawa pentadbiran dan cakna kepada rakyat mampu menandingi negeri di bawah Kerajaan BN? Malah apabila didesak, akhirnya mereka hanya mampu berkata Manifesto BUKAN Janji!

Lim Guan Eng sepatutnya tidak datang ke Sarawak untuk berkempen kerana beliau sepatutnya malu dengan apa yang dia janjikan di Pulau Pinang. Isu janji untuk hapuskan TOL pun sehingga kini beliau tidak mampu uruskan janji yang beliau taburkan semasa PRU yang lalu.

Azmin Ali, apa janji beliau, apa janji PKR untuk rakyat Sarawak yang boleh dibanggakan? Kegagalan urus isu air jelas menunjukkan betapa PKR juga tidak mampu uruskan kehidupan rakyat dengan baik.

PAS Kelantan. 25 tahun apa yang boleh dibanggakan? Malah rakyat Terengganu sudah tunjukkan bukti bahawa Hadi Awang gagal mengurus rakyat Terengganu dengan baik. Hanya sepenggal memerintah dan akhirnya rakyat Terengganu membuat keputusan menyerahkan kembali negeri penyu itu kepada Kerajaan BN.

Walk the Talk, itulah yang ditunjukkan oleh Kerajaan BN. Walaupun baru sahaja dilantik menjadi Ketua Menteri, Adenan Satem berjaya menunaikan janji untuk rakyat Sarawak. Adenan hapuskan Tol di Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Mohammad Salahuddin, menjadikan Sarawak sebagai negeri bebas tol yang pertama di Malaysia.


Justeru, Azmin, Guan eng, Hadi Awang dan PAN baliklah semenanjung dan tunaikan janji kepada rakyat anda terlebih dahulu sebelum datang berbohong di Sarawak.

 


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top