.... #PRNSarawak: PKR Terpaksa Minta Bantuan Banduan | AAKJ



Krisis yang sedang hangat antara DAP dan PKR nampaknya terlalu sukar untuk menemui jalan keluar. Pemimpin di kedua parti itu dilihat tidak ingin mengalah dan semakin 'keras' kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin mereka baik dari Sarawak maupun dari pusat.

Semua jari mula menuding kepada Azmin Ali kerana dengan jelas beliau membenarkan PKR Sarawak membuat keputusan untuk bertanding di 5 kerusi yang sepatutnya DAP sebagai calon, kononnya mengikut apa yang mereka persetujui sebelum ini. (Baca di SINI)

DAP pula sememangnya terkenal dengan mulut lancang terus sahaja menyerang PKR sehinggakan mereka tidak mempedulikan perasaan rakan komponen mereka dalam Pakatan Harapan. 


Kenyataan "PKR Go to Hell" bukan suatu yang boleh dipandang ringan. Satu penghinaan yang menunjukkan betapa DAP cukup kuat di Sarawak sementara yang lain seolah menumpang sahaja kekuatan mereka.

Baca: #PRNSarawak: Krisis PKR-DAP, Zuraida Arah Teruskan, Jangan Undur

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mad Akin pula masih menekankan pendekatan berbincang seperti disuarakan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita akan bincang, DSAI (Anwar) pun telah buat kenyataan yang jelas agar perbincangan diteruskan.

"Jadi kita minta pemimpin DAP berbincanglah," kata anggota Parlimen Bukit Katil.

Nampak sangat betapa lemahnya PKR kerana terpaksa bergantung kepada Anwar yang masih menjalani hukuman penjara 5 tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya sendiri.

Bagaimana parti pembangkang hendak menguruskan rakyat kalau masalah pertindihan kerusi pun tidak mampu diselesaikan sendiri dan masih berharap kepada banduan liwat?

Apakah Wan Azizah sebagai Presiden PKR tidak mampu untuk berfikir dan bertindak bagi menyelesaikan krisis yang dilihat betapa bodohnya pakatan harapan di mata pengundi? Malanglah bagi pengundi Sarawak sekiranya gagal melihat siapa Wan Azizah sebenarnya.

Pengundi Sarawak boleh menilai sendiri percakaran sesama pembangkang membuktikan dengan jelas bahawa "kerusi" atau jawatan lebih penting dari memberi fokus kepada berkhidmat kepada rakyat.

Calon PKR dan DAP akan bertembung di kerusi Mulu, Murum, Simanggang, Mambong, Ngemah dan Batu Kitang.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top