.... #PRNSarawak: PAS Lawan DAP, PAN Dan PKR Di 11 Kerusi | AAKJ



Parti PAS dijangka bertembung dengan bekas sekutu Pakatan Rakyat PKR dan DAP, serta Parti Amanah Negara (PAN), dalam sekurang-kurangnya 11 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
 

The Borneo Post hari ini melaporkan PAS akan bertembung dengan PAN di lima kerusi - Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro - berdasarkan senarai calon yang diumumkan awal bulan ini.

Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub Jumaat lalu mengumumkan senarai 13 calon parti itu termasuk dua Kristian dan dua wanita.

Salahuddin dilaporkan berkata bahawa PAN akan menentang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tetapi mereka juga mengalu-alukan persaingan daripada PAS.

Sebagai respon kepada Salahuddin, portal Antarapos semalam memetik Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee yang berkata langkah itu akan hanya menyebabkan perpecahan undi untuk parti-parti pembangkang dan memberi kelebihan kepada BN.

Bagaimanapun, PAS katanya tidak boleh menghalang PAN untuk bertanding, namun mahu melihat berapa banyak undi yang mereka boleh perolehi. Paling penting, katanya, PAS telah bekerja di kerusi yang ditandinginya untuk masa yang lama.

Beliau berkata rundingan awal dengan PKR bagi mengelakkan pertembungan juga gagal.

Laporan Utusan Borneo juga menyatakan bahawa calon-calon PAS akan bertembung dengan PKR dan lain-lain di Pantai Damai, Kakus, Jepak dan Lambir.

Dari senarai calon parti itu, ia juga menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru dengan DAP di Samalaju dan Pujut.

Penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak pada April 25. Undi pos adalah pada 3 Mei manakala pengundian pada 7 Mei.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top