.... #PRNSarawak: PAS Laksana Hudud Jika Pembangkang Menang | AAKJ



PAS kali ini di Pilihanraya Negeri Sarawak kali ke 11 menambahkan jumlah kerusi yang mereka tandingi. Kalau di pilihanraya penggal dahulu PAS bertanding hanya 16 kerusi dan kalah kesemuanya. Kini PAS hanya berani bertanding di 11 kerusi sahaja.

Menurut sumber bilik gerakan pakatan rakyat, PAS membuat keputusan ini berdasarkan 'masih ingin bersama' dengan rakan seranjang mereka yang kini telah membuang PAS dari gabungan pakatan rakyat dan menubuhkan Pakatan Harapan yang mana pemimpin serpihan PAS mendapat layanan istimewa lebih dari PAS selama berada di dalam pakatan rakyat.

Walaupun terdapat pertindihan di beberapa kerusi terutamanya antara PAS dan PAN, penganalisis politik tempatan berpandangan bahawa PAS ingin buktikan kepada DAP dan PKR betapa keputusan mereka membuang PAS daripada ikatan pembangkang adalah satu keputusan yang silap.

Tambah sumber, PAS juga tidak sedikit pun merasa gentar dengan pendirian betapa Hukum Hudud kekal akan ditegakkan di Sarawak sekiranya pembangkang menang dalam pilihanraya kali ini. Mustahil PAS akan buang 'manifesto' yang mereka perjuangkan selama ini.

Malah kesebelasan calon PAS bakal menegaskan di dalam setiap ceramah mereka betapa pentingnya hukum hudud dilaksanakan di Sarawak. Sepertimana Presiden PAS sendiri nyatakan bahawa tujuan PAS bertanding di Sarawak bukanlah untuk menang tetapi untuk berdakwah. (Baca di SINI)
11 Kerusi DUN berikut di dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Kali Ke-11:

N04. Pantai Damai
N07. Samariang
N16. Muara Tuang
N24. Sadong Jaya
N27. Sebuyau
N29. Beting Maro
N60. Kakus
N67. Jepak
N70. Samalaju
N72. Lambir
N74. Pujut

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top